awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki: Malaysia kalah teruk kepada Jepun

Bernama
Bernama
08/06/2016
14:00 MYT
Hoki: Malaysia kalah teruk kepada Jepun
Skuad hoki lelaki negara memulakan Jelajah Jepun dengan aksi memalukan apabila tumpas 1-5 kepada pasukan kebangsaan Jepun hari ini. - Gambar hiasan
Skuad hoki lelaki negara memulakan Jelajah Jepun dengan aksi memalukan apabila tumpas 1-5 kepada pasukan kebangsaan Jepun hari ini, selepas kehilangan beberapa tonggak utama berikutan pelbagai faktor.
Pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Gifu Green, skuad 'Speedy Tigers' ketinggalan 0-5 apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol pada minit kelima, 15, 22, 37 dan 43.
Gol tunggal pasukan kebangsaan hadir pada minit ke-55 apabila pemain tengah, Norhizzat Sumantri menjaringkan gol padang bagi mengurangkan defisit tersebut.
Mengulas kekalahan kepada pasukan di ranking ke-16 dunia itu, ketua jurulatih Stephen Van Huizen mengakui prestasi anak buahnya di bawah kemampuan sebenar, namun ia memberi peluang baginya mencuba pemain baharu selepas kehilangan beberapa pemain utama.
"Kita beraksi tanpa beberapa pemain, yang mana mereka memainkan peranan utama dalam pasukan. Oleh itu, secara keseluruhan pasukan kita kurang stabil.
"Kita juga mencuba banyak pemain di posisi yang berlainan, hanya untuk melihat semua pilihan. Kami jauh lebih baik di separuh masa kedua, walaupun bermain daripada kemampuan sebenar kita.
"Kita akan membuat kajian malam ini untuk membetulkan kesilapan, dan akan menampilkan prestasi lebih baik pada perlawanan akan datang," kata Stephen seperti dipetik dalam kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Malaysia, yang berada di ranking ke-13 dunia menyertai Jelajah Jepun itu tanpa ketua pasukan Razie Rahim dan penolong ketua pasukan, Nabil Fiqri (kedua-dua pemain menjalani latihan polis), pemain tengah Fitri Saari dan pemain pertahanan Faiz Helmi Jali (menghadapi peperiksaan), penyerang Shahril Saabah (komitmen keluarga) dan penjaga gol S.Kumar (mengalami kecederaan).
Kedua-dua pasukan akan beraksi pada perlawanan persahabatan kedua esok di gelanggang yang sama, di mana secara keseluruhan empat perlawanan persahabatan serta dua perlawanan ujian akan diadakan sepanjang 10 hari jelajah berkenaan.
Topic Berkaitan
#hoki lelaki
#Jelajah Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan