awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki : Malaysia tersungkur kepada New Zealand 5-2

Bernama
Bernama
13/11/2012
01:53 MYT
Hoki : Malaysia tersungkur kepada New Zealand 5-2
Malaysia gagal mengekalkan momentum memburu kemenangan kedua berturut-turut apabila tumpas 5-2 kepada New Zealand pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru, Isnin malam.
New Zealand berjaya menghasilkan gol pembukaan menerusi Ben Radovonich pada minit ke-17 sebelum Malaysia, selaku juara bertahan, menyamakan kedudukan melalui strok yang disempurnakan oleh kapten Muhammad Noor Faeez Ibrahim.
Sorakan lebih 7,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan itu bagaikan meniup semangat kepada pasukan negara untuk menambah jaringan dan dua minit Muhammad Noor Faeez menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Bagaimanapun, New Zealand mengambil kesempatan daripada kealpaan benteng pertahanan negara untuk menyamakan kedudukan menerusi Parker Brennan Alexander pada minit ke-30.
Tidak cukup dengan itu pasukan negara yang dilihat agak keletihan sekali lagi dikejutkan oleh jaringan Radovonich pada minit ke-32.
Selepas berehat separuh masa pertama, harapan penonton untuk melihat kebangkitan pasukan negara tidak kesampaian apabila gawang negara terus digegarkan oleh jaringan Kane Russel pada minit ke-46 dan Michael Ritchie minit ke-52.
Beberapa pukulan sudut penalti yang diperoleh pasukan negara dalam separuh masa kedua gagal dimanfaatkan untuk mengejar pasukan Kiwi.
Sebelum itu dalam perlawanan lain, naib juara tahun lepas, Australia mengalahkan Pakistan 5-1 manakala India mencapai kejayaan kedua apabila menundukkan Jerman 3-1.
Pada Selasa, kejohanan antarabangsa bawah 21 tahun itu berhenti rehat sempena sambutan Hari Deepavali.
Pada Rabu ini, Jerman akan menentang New Zealand (4.05 petang), Malaysia bertemu Australia (6.05 pertang) dan India menentang Pakistan pada pukul 8.05 malam.
Topic Berkaitan
#hoki
#Malaysia
#New Zealand
#Piala Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan