awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki: Malaysian Tigress tewas 2-1 kepada Ireland

Bernama
Bernama
08/06/2019
21:00 MYT
Hoki: Malaysian Tigress tewas 2-1 kepada Ireland
Kejohanan ini merupakan misi penting skuad negara cuba melakar sejarah layak ke Sukan Olimpik buat pertama kali dalam 40 tahun di mana skuad negara tidak pernah layak sejak acara hoki wanita dipertandingkan pada edisi 1980 di Moscow.
Skuad hoki wanita negara tewas 2-1 kepada Ireland pada aksi pembukaan Kumpulan A pada Kejohanan FIH Siri Akhir di Banbridge, Ireland Utara, malam ini.
Biarpun gagal mengutip mata, pujian harus diberikan kepada skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kerana menampilkan aksi yang memberangsangkan serta memberi saingan sengit kepada pasukan naib juara Piala Dunia 2018 itu.
Irealand, selaku pasukan ranking kelapan dunia, melakukan kejutan seawal minit keempat apabila Bethany Baar membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti.
Bagaimanapun, gol awal itu tidak mematahkan semangat skuad Malaysian Tigress serta mampu melakukan serangan balas sehingga berakhir babak pertama.
Dalam babak kedua, pasukan tuan rumah menggandakan jaringan menerusi gol padang oleh Kathryn Mullan pada minit ke-39 sebelum skuad negara merapatkan jaringan menerusi Siti Zulaikha Hussin pada minit ke-55.
Selain Ireland dan Malaysia dengan ranking 22 dunia, kumpulan itu disertai oleh Republik Czech (19) dan pasukan ranking ke-35 dunia, Singapura.
Malaysia akan menentang Republik Czech pada jam 12 tengah malam esok waktu Malaysia dan melengkapkan saingan kumpulan dengan menentang Singapura, Selasa depan.
Kejohanan ini merupakan misi penting skuad negara cuba melakar sejarah layak ke Sukan Olimpik buat pertama kali dalam 40 tahun di mana skuad negara tidak pernah layak sejak acara hoki wanita dipertandingkan pada edisi 1980 di Moscow.
Pada kejohanan ini, skuad negara perlu meraih dua tempat teratas dalam kejohanan yang disertai oleh lapan pasukan untuk layak ke pusingan kelayakan terakhir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Oktober dan November ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banbridge
#hoki
#Ireland
#Ireland Utara
#Kejohanan FIH
#Kumpulan A
#Malaysia
#Malaysian Tigress
#Muhammad Dhaarma Raj
#Sukan Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan