awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman FIFA: KBS tuntut akauntabiliti, sokong siasatan bebas Tun Md Raus

Bernama
Bernama
04/11/2025
21:20 MYT
Hukuman FIFA: KBS tuntut akauntabiliti, sokong siasatan bebas Tun Md Raus
Hannah berkata FIFA tegas dalam menegakkan Statut 15(c) yang menetapkan setiap persatuan bola sepak mesti bebas daripada sebarang bentuk campur tangan politik atau kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus mengimbangi antara keperluan mematuhi peraturan antarabangsa dan tuntutan akauntabiliti dalam negara berhubung isu dokumentasi tujuh pemain bola sepak warisan negara.

Ringkasan AI
  • KBS menekankan keperluan mematuhi peraturan antarabangsa dan akauntabiliti dalam negara berkaitan isu pemain bola sepak warisan negara untuk memastikan FAM memperkukuh tadbir urus serta pulihkan keyakinan rakyat terhadap integriti bola sepak negara.
  • Tindakan penggantungan FAM dan tujuh pemain warisan oleh FIFA berpotensi menjejaskan keseluruhan ekosistem bola sepak tempatan termasuk pasukan kebangsaan utama, pasukan bawah umur, Liga Bolasepak Malaysia, Liga Bolasepak Amatur, dan kelab dalam Liga Malaysia.
  • KBS bekerjasama dengan Jawatankuasa Siasatan Khas Bebas dalam isu tersebut, sementara FAM dan tujuh pemain terlibat diarahkan membayar denda dan digantung selama 12 bulan; FAM merancang untuk menulis kepada FIFA bagi mendapatkan butiran penuh sebelum membuat rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Menterinya Hannah Yeoh berkata langkah itu penting bagi memastikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperkukuh tadbir urus serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti dan kredibiliti bola sepak negara.
"Penggantungan seperti itu bukan sahaja memberi kesan kepada pasukan kebangsaan utama, tetapi turut melibatkan semua pasukan bawah umur serta pihak lain seperti Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Liga Bolasepak Amatur (AFL) dan kelab-kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia.
"Tindakan ini akan menjejaskan keseluruhan ekosistem bola sepak tempatan," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Beliau berkata kerajaan juga perlu berhati-hati dalam isu berkenaan kerana sebarang bentuk campur tangan boleh menyebabkan FAM digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Hannah berkata dalam sejarah bola sepak antarabangsa, beberapa negara telah berdepan tindakan penggantungan oleh FIFA akibat campur tangan kerajaan antaranya Indonesia pada 2015, Zimbabwe (2022), Chad (2021), Benin (2015) dan Brunei (2009).
Beliau berkata contoh itu menunjukkan bahawa FIFA tegas dalam menegakkan Statut 15(c) yang menetapkan setiap persatuan bola sepak mesti bebas daripada sebarang bentuk campur tangan politik atau kerajaan yang menjadi prinsip asas kepada keanggotaan mana-mana negara di bawah organisasi berkenaan.
Pada masa sama, beliau berkata KBS melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Siasatan Khas Bebas diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dalam isu berkenaan.
"Hasil siasatan ini akan menjadi asas kepada pelaksanaan langkah-langkah pembetulan serta penambahbaikan yang perlu dipatuhi oleh FAM," katanya.
Pada Isnin, FIFA menolak rayuan dibuat oleh FAM dan tujuh pemain terlibat, iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu terhadap FAM dan tujuh pemain warisan atas kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen di bawah Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC).
Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda CFH350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000).
Ketujuh-tujuh pemain berkenaan turut digantung selama 12 bulan daripada aktiviti berkaitan bola sepak.
Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi, yang terkejut dengan keputusan itu berkata pihaknya akan menulis kepada FIFA bagi mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis berhubung keputusan berkenaan, sebelum menentukan langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#campur tangan politik
#pemain bola sepak warisan
#dokumentasi FAM-FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan