FIFA tolak rayuan FAM, hukuman dikekalkan

Kesemua tujuh pemain warisan juga digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain import berhubung kes pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.
Ringkasan AI
- Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan FAM dan tujuh pemain import atas kesalahan pemalsuan dokumen mengikut Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA.
- FAM dikenakan denda CHF 350,000 (RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF 2,000 (RM10,300) dan digantung 12 bulan daripada aktiviti bola sepak.
- FAM dan pemain diberi 10 hari untuk memohon alasan penuh keputusan dan 21 hari untuk merayu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Kesemua pemain itu juga digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.
Jelas FIFA, FAM dan para pemain terlibat telah dimaklumkan mengenai keputusan itu pada hari ini.
Mereka mempunyai tempoh sepuluh hari untuk memohon keputusan berserta alasan penuh, dan selepas itu 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport).
Pada September lalu, kesemua tujuh pemain warisan itu didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkenaan pemalsuan dokumen.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


