RUANGAN komen laman sosial Instagram, Brendan Gan dihujani kata-kata positif dan tiupan semangat daripada warganet selepas mengetahui pemain tengah kebangsaan itu menghidap kanser testis.
Rata-rata mereka mendoakan agar Brendan terus positif menjalani fasa pemulihan dan berharap agar dia dapat kembali ke arena bola sepak dengan semangat yang baru.
Pada Sabtu, Brendan menerusi sebuah hantaran mengesahkan menghidap kanser testis dan berkongsi mengenai keadaan terkininya.
Menurut Brendan dia bakal diketepikan untuk tempoh yang panjang pada Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
“Hidup saya sentiasa positif walaupun ada ketika agak kecewa dengan kritikan negatif. Tetapi saya sering menjadikan perkara tersebut sebagai motivasi untuk kekuatan diri.
“Kini, saya berdepan ujian sekali lagi apabila disahkan menghidap kanser testis dan saya sudahpun melakukan pembedahan.
“Sekarang adalah fasa untuk saya menjalani proses pemulihan," katanya.
Bagaimanapun kata kapten skuad Selangor FC yang berusia 33 tahun itu, kanser tidak sesekali boleh mematahkan semangatnya untuk kembali berada di padang bola sepak.
“Apa yang pasti, saya sangat bertuah apabila dikelilingi individu yang sentiasa memberi sokongan terutama keluarga, rakan-rakan terdekat dan komuniti bola sepak tempatan.
“Kanser tidak akan mematahkan semangat saya sebaliknya akan lebih bermotivasi dan akan kembali ke padang bola sepak bersama pasukan Selangor secepat mungkin,” katanya.
Sementara itu, Selangor FC meminta semua pihak agar mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada pemain kelahiran Australia itu sepanjang tempoh pemulihannya. - Gempak
Gempak
Tue Jul 27 2021
Pada Sabtu, Brendan menerusi sebuah hantaran mengesahkan menghidap kanser testis dan berkongsi mengenai keadaan terkininya. - Gempak
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Peluang terbaik pemain tingkat intensiti latihan - Brendan Gan
Pemain tengah Selangor, Brendan Gan menyifatkan permulaan Liga Malaysia (Liga-M) pada 26 Ogos ini sebagai medan terbaik pasukan tempatan mempertingkatkan intensiti latihan bagi menghadapi aksi lebih k
Menang atas Indonesia kuatkan semangat pemain untuk menentang UAE - Brendan Gan
Kembali menyarung jersi kebangsaan selepas tiga tahun, dan menyaksikan Malaysia menumpaskan Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi mungkin menjadi kenangan paling manis buat pe