awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
Negara-negara Arab kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Infantino didakwa langgar peraturan FIFA

Sinar Harian
Sinar Harian
12/11/2025
00:40 MYT
Infantino didakwa langgar peraturan FIFA
Gianni Infantino. REUTERS
PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berdepan tuduhan melanggar peraturan badan induk bola sepak dunia itu berhubung prinsip neutral politik susulan kenyataannya dalam satu majlis awam baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Presiden FIFA, Gianni Infantino, dituduh melanggar peraturan badan itu kerana menyokong tokoh politik dalam satu majlis awam baru-baru ini. Tuduhan itu dikemukakan oleh bekas Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus FIFA, Miguel Maduro.
  • Infantino dipetik memuji agenda politik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, serta menggesa orang ramai menyokong tindakan Trump. Tindakan ini menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan keadilan FIFA.
  • Maduro menegaskan kenyataan Infantino melanggar Artikel 15 Kod Etika FIFA yang menuntut pegawai dan organisasi FIFA untuk mengekalkan neutraliti dalam hal ehwal politik, menimbulkan persoalan tentang kesahihan kod etika FIFA dan reputasi organisasi sebagai badan sukan global.

Tuduhan berkenaan dibuat oleh bekas Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus FIFA, Miguel Maduro yang mendakwa Infantino secara terbuka menyokong seorang tokoh politik, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap tahap ketelusan dan keadilan organisasi itu.
Ketika berucap pada forum 'America Business Forum' di Miami, Infantino dilaporkan memuji agenda politik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Infantino turut dipetik berkata, program Trump 'nampak cukup baik' selain menggesa orang ramai supaya menyokong apa yang sedang beliau lakukan.
Kenyataan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemerhati sukan antarabangsa mengenai sejauh mana FIFA benar-benar mematuhi kod etika yang ditetapkannya sendiri.
Maduro dalam reaksi balasnya menegaskan kenyataan Infantino jelas bertentangan dengan Artikel 15 Kod Etika FIFA yang menetapkan bahawa pegawai dan organisasi FIFA perlu mengekalkan neutraliti sepenuhnya dalam hal ehwal politik.
Beliau menambah, sokongan terbuka terhadap mana-mana tokoh politik adalah pelanggaran prinsip asas yang selama ini menjadi tunjang kepada reputasi FIFA sebagai badan sukan global yang bebas daripada pengaruh politik.
Insiden ini sekali lagi membuka perbincangan tentang batasan neutraliti politik dalam pentadbiran sukan antarabangsa, khususnya memandangkan pengaruh dan kedudukan FIFA yang begitu besar di peringkat dunia.
Setakat ini, FIFA masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut atau menjelaskan pendirian Infantino selepas majlis berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Gianni Infantino
#Donald Trump
#FIFA
#prinsip neutral politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan