awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden bogel Melgalvis cemari kejayaan Lillestrom

Astro Arena
Astro Arena
06/12/2017
05:14 MYT
Insiden bogel Melgalvis cemari kejayaan Lillestrom
Kemenangan 3-2 ke atas Sarpsborg 08 pada Ahad lalu itu menyaksikan Lillestrom dijulang dalam final, namun Melgalvis meraikannya dengan cara yang tidak dijangka. Astro ARENA
PESTA Lillestrom yang meraikan kejayaan Piala Norway mengundang kritikan badan induk bola sepak negara itu ekoran tindakan Aleksander Melgalvis Andreassen melucutkan pakaiannya sehingga berbogel di atas pentas penyampaian trofi berkenaan, malah hanya menggunakan trofi itu untuk menutup 'asetnya'.
Kemenangan 3-2 ke atas Sarpsborg 08 pada Ahad lalu itu menyaksikan Lillestrom dijulang dalam final, namun Melgalvis meraikannya dengan cara yang tidak dijangka.
Tingkah lakunya mengundang kritikan Pengarah Komunikasi Persatuan Bolasepak Norway, Yngve Haavik, apabila memberitahu TV2: "Memenangi trofi itu satu pencapaian besar dan sudah tentu ia harus diraikan.
"Namun, adalah wajar untuk menunjukkannya dengan tindakan yang lebih dihormati. Saya pasti Melgalvis tidak bermaksud apa-apa tetapi tindakannya adalah salah. Saya berpendapat Melgalvis dan Lillestrom bersetuju mengenainya."
Begitupun, Melgalvis tidak begitu kesal dengan tindakannya.
"Memenangi kejuaraan adalah satu pencapaian yang tidak pernah saya jangkakan," katanya kepada Dagbladet.
"Saya berusaha keras untuk bermain dalam perlawanan akhir itu. Sudah tentu saya sedar orang beranggapan saya bersikap keterlaluan.
"Saya mengakuinya dan memohon maaf, tetapi ia bukanlah satu tindakan yang saya kesali.
"Saya tahu sesetengah orang tidak menyukainya. Adakah saya patut meminta maaf kepada pihak diraja? Saya berkesempatan untuk bertegur sapa dengan beliau semalam, mungkin hari ini saya patut meminta maaf," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Aleksander Melgalvis Andreassen
#bogel
#bola sepak
#kritikan
#Lillestrom
#Piala Norway
#Yngve Haavik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan