Iran dan Korea Selatan berjaya menempah tiket ke pusingan akhir piala dunia di Brazil tahun depan.

Iran dibawah bimbingan jurulatih Carlos Queiroz mara selepas menewaskan Korea Selatan dengan jaringan 1-0 dalam pertemuan yang berlangsung di Ulsan, Korea Selatan.

Reza Goochannejhad menyumbat gol kemenangan pasukannya pada minit ke-60 sekaligus muncul juara kumpulan A dengan 16 mata.

Sekalipun tewas, Korea tetap mara menerusi kelebihan gol ke atas pencabar terdekat Uzbekistan selepas terikat 14 mata.

Laporan sepenuhnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.