JUARA bertahan, Itali mengesahkan tempat mereka ke Euro 2024 selepas hanya seri tanpa jaringan dengan Ukraine.

Perlawanan itu yang terpaksa diadakan di BayArena Bayer Leverkusen disebabkan perang berpanjangan di antara Ukraine dan Rusia di tanah air mereka, mempunyai banyak peluang terhidang namun anak buah Serhiy Rebrov gagal mencari jaringan yang diperlukan untuk menghantar mereka secara automatik ke Jerman tahun depan.

Ini bermakna Ukraine perlu ke pusingan 'play-off' Mac depan manakala pengurus Itali, Luciano Spalletti boleh menghembus nafas lega selepas berjaya meraih mata yang mereka perlukan untuk menduduki tempat kedua di belakang England dalam Kumpulan C.

Peluang kemenangan adalah mudah untuk kedua-dua pasukan, perlawanan dimulakan dengan aksi getir pada minit kelima apabila Viktor Tsygankov menguji Gianluigi Donnarumma dengan rembatan jarak jauh.

Ia semestinya permulaan yang menggerunkan dengan sepakan Federico Chiesa tersasar selepas tandukan Nicolo Zaniolo melintasi gawang.

Alessandro Buongiorno antara yang dipanggil semula oleh Spalletti selepas perlawanan yang menewaskan Macedonia Utara 5-2 pada Jumaat lepas, telah dilayangkan kad kuning selepas kekasaran dilakukan ke atas Artem Dovbyk.

Ukraine terus memberikan tekanan untuk mendapatkan jaringan pembukaan dan Mykhailo Murdyk membuat dua hantaran silang berbahaya tetapi mereka gagal mencari rakan sepasukan untuk membuat penyudah yang baik.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro