SUSULAN penyebaran gambar dan video atlet paralimpik negara, Mohamad Rizuan Mohamad Puzi memenangi pingat emas di sebuah acara sukan di Doha, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, akhirnya tampil membuat kenyataan.
Menerusi status di akaun Facebook, Khairy memaklumkan, apa yang dikongsi warga media sosial adalah cerita yang berlaku pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2015, dan bukannya Sukan Paralimpik.
Sukan Paralimpik Rio hanya akan bermula 7 September depan.
"Mustahil berlaku apa-apa kemenangan Paralimpik 2016 sebab temasya tersebut belum bermula lagi," tulis Khairy.
Khairy yang mesra disapa KJ turut memaklumkan Rizuan telah menerima ganjaran dan sambutan yang sama meriah seperti atlet normal yang lain, malah turut menerima pengiktirafan di Anugerah Sukan Negara.
Malah kejayaan Rizuan mengharumkan nama negara mengangkatnya sebagai Anak Muda Terbilang di Perhimpunan Pemuda UMNO.
Jelas KJ lagi, biarpun ramai beranggapan atlet para tidak diberi perhatian, hakikat sebenar adalah sebaliknya. Malah satu dasar yang digubal pada tahun 2013 mempunyai klausa agar golongan atlet ini diberi imbuhan yang sama seperti atlet normal.
"Jangan anggap kami tidak prihatin. Saya menyokong atlet para semenjak hari pertama saya memegang jawatan sebagai Menteri, dan saya akan terus menyokong mereka," kata KJ.
Sejak berakhirnya Sukan Olimpik dua minggu lalu, video kemenangan Rizuan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan dakwaan kononnya kejayaan atlet para 'tidak dipandang' oleh kerajaan dan media.
Madiha Abdullah
Mon Aug 29 2016
Video kemenangan Mohamad Rizuan kembali disebar di laman sosial, dengan dakwaan kononnya atlet para tidak diberi perhatian. - Foto YouTube Paralympic Games
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Belanjawan 2025: KBS tidak abai atlet para, peruntukan disalurkan kepada MSN, JBSN
KBS tetap akan menyalurkan bantuan kewangan untuk pembangunan atlet para, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang menyertai temasya dan pertandingan akan datang.
Mupok Lok! jumpa 'KitakOrang Rah' Para SUKMA di Selangor!
Obor rasmi temasya dwitahunan yang dinyalakan oleh jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dipadamkan sebagai simbolik penutupan.
Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Paralimpik Paris 2024: Pecutan saat akhir Philippe lebur harapan gangsa Ammar Aiman
Ammar Aiman memulakan larian dengan memberangsangkan dan berada dalam kelompok tiga terbaik sebelum Yovanni Philippe meningkatkan pecutan.
Paris 2024: Nur Syaiful duduki tempat keenam
Nur Syaiful menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 46.71 saat di Paris La Defense Arena.
Sukan Paralimpik: Hannah optimis kontinjen negara mampu capai sasaran empat emas
Hannah juga yakin barisan atlet terutama yang berpengalaman beraksi di pentas Paralimpik mampu menampilkan aksi luar biasa di Paris.
MPM jamin isu kad akreditasi tidak timbul di Paralimpik Paris 2024
Beliau berkata kuota kad akreditasi melibatkan 30 atlet dan 32 pegawai adalah mencukupi pada temasya sukan berprestij dunia itu.
Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.