awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik

Khalis Khadir
Khalis Khadir
15/12/2024
06:56 MYT
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Kejayaan ke final Jelajah Dunia Akhir di China akan menyaksikan Izzuddin-Sze Fei memintas kedudukan Aaron-Wooi Yik yang berada di kedudukan kelima dunia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gandingan profesional, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Selasa ini.
Izzuddin-Sze Fei yang kini di kedudukan ketujuh dunia dijangka melonjak empat anak tangga bagi menghuni kedudukan ketiga iaitu yang tertinggi sepanjang karier mereka hasil kejayaan ke pentas akhir Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China.
Lonjakan itu akan menyaksikan Izzuddin-Sze Fei memintas kedudukan Aaron-Wooi Yik yang berada di kedudukan kelima dunia sekali gus merampas status disandang bekas juara dunia itu sejak April 2019.
Langkah Aaron-Wooi Yik dalam Jelajah Dunia Akhir selesai selepas berakhir di peringkat kumpulan dengan jangkaan turun satu anak tangga di kedudukan keenam.
Izzuddin-Sze Fei sebelum ini merekodkan tiga gelaran juara dalam saingan Jelajah Dunia selepas menjuarai Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik pada musim ini.
Terdahulu, mereka berjaya melangkah ke pentas final untuk bertemu gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen petang ini.
Ia selepas pertarungan selama 81 minit untuk menyingkirkan gandingan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam permainan tiga set 17-21, 21-16, 27-25 pada aksi separuh akhir, semalam.
Topic Berkaitan
#Izzuddin Rumsani
#Goh Sze Fei
#Aaron Chia
#beregu nombor satu negara
#ranking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan