awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadual perlawanan makin melampau, kata Ten Hag

Astro Arena
Astro Arena
26/11/2023
03:00 MYT
Jadual perlawanan makin melampau, kata Ten Hag
Ten Hag percaya beban kerja bola sepak moden sudah terlalu menghukum, malah diburukkan lagi dengan langkah UEFA mengembangkan pertandingan musim depan. - Foto AP
PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag, percaya bola sepak peringkat tertinggi telah "melangkaui had yang boleh dikendalikan oleh pemain" ketika anak buahnya perlu mengharungi ranjau enam hari yang kritikal.
Dua minggu lalu, United mencatat rekod permulaan terburuk sejak 1962 dengan mencetak lapan kekalahan dalam 15 perlawanan musim ini, bahkan faktor kecederaan juga telah menjejaskan momentum dan keseimbangan barisan yang ingin dijelmakan Ten Hag.
Tetapi selepas itu mereka mencipta kemenangan tipis di Fulham disusuli menjinakkan Luton di empat sendiri.
Justeru, Ten Hag percaya pasukannya semakin berkembang untuk melebarkan rentak empat kemenangan daripada lima perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Mereka akan menghadapi ujian berliku di di Everton, tengah malam ini, diikuti perjalanan ke Istanbul bagi mengadakan pertemuan dengan Galatasaray dalam Liga Juara-Juara (UCL) selain satu lagi pertemuan sukar EPL menentang Newcastle di St James' Park, Sabtu depan.
Ten Hag percaya beban kerja bola sepak moden sudah terlalu menghukum, malah diburukkan lagi dengan langkah Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) bercadang pengembangan pertandingan musim depan.
"Setiap pengurus mengadu tentang jadual," katanya.
“Kelmarin, pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel dan setiap pengurus telah menyuarakannya, tetapi mereka tetap menambah jumlah perlawanan.
“Tahun depan mereka menambah lagi dua perlawanan (dalam format baru Liga Juara-Juara), sedangkan kami sudah mencapai hadnya. Saya rasa kami sudah melepasi had yang boleh ditampung oleh pemain.
“Dan kemudian apa yang kita lihat sekarang dalam 12 perlawanan awal EPL , tuntutan standard fizikal lebih tinggi berbanding tahun lalu. Kami perlu membuat pilihan sama ada anda memadankannya dengan latihan dan persediaan, atau berehat.
“Jadi ini keputusan yang perlu dilakukan oleh setiap kelab, setiap pasukan dan setiap individu.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Erik ten Hag
#Manchester United
#EPL
#jadual perlawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan