KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan tidak seharuskan berasa gentar dengan kejayaan Vietnam membenam Indonesia 4-0 pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal pagi tadi.
Legenda bola sepak negara Khalid Ali ketika dihubungi Bernama berkata, skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe sebaliknya, lebih fokus dan jangan sesekali hilang keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk mengejutkan Vietnam meskipun statistik semasa lebih berpihak kepada pasukan lawan.
Beliau berkata Malaysia wajib meraih kemenangan dalam baki dua perlawanan menentang Vietnam pada tengah malam Jumaat ini dan Thailand (15 Jun), sekiranya tidak mahu impian layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 musnah.
"Kita lebih hebat berbanding Vietnam, pemain kena percaya mereka lebih bagus daripada Vietnam. Mereka (pemain) perlu bangkit dengan prestasi jauh lebih baik berbanding dalam perlawanan sebelum ini dan bermain sebagai satu pasukan. Pemain perlu bekerjasama, baru boleh atasi Vietnam," katanya.
Kemenangan 4-0 ke atas Indonesia di Stadium Al Maktoum itu menyaksikan seolah-olah Vietnam memberi amaran awal menjelang pertembungan di tempat sama menentang skuad kebangsaan.
Empat gol skuad Naga Emas itu yang hadir pada babak kedua perlawanan masing-masing dijaringkan Nguyen Tien Linh pada minit ke-51, Nguyen Quang Hai (minit ke-62), Nguyen Cong Phuong (minit ke-67) dan Vu Van Thanh pada minit ke-74.
Pada masa sama, kejayaan itu turut meletakkan skuad bimbingan Park Hang-seo selesa mendahului saingan Kumpulan G dengan mengumpul 14 mata selepas enam perlawanan.
Malaysia kini berada di kedudukan keempat dengan berkongsi sembilan mata bersama pasukan di kedudukan ketiga Thailand yang tewas 1-3 kepada UAE dalam satu lagi aksi kumpulan di Stadium Zabeel, Dubai, awal pagi tadi.
Jaringan Caio Canedo Correa pada minit ke-14, Fabio Lima (minit ke-33) dan Mohammad Juma Eid pada penghujung permainan itu menafikan kebangkitan Thailand menerusi gol Suphanat Mueanta pada minit ke-54 sekali gus membantu UAE kekal di kedudukan kedua dengan mengumpul 12 mata.
Sementara itu, kedudukan semasa dalam kumpulan menyaksikan persaingan merebut dua tempat teratas bagi meraih slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 semakin sengit dengan Malaysia kini berdepan tekanan dalam misi wajib menang ke atas Vietnam.
Berdasarkan rekod, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Cheng Hoe hanya berjaya mencatat satu keputusan seri dalam empat perlawanan terakhir menentang Vietnam dengan pertemuan terbaharu Malaysia tewas 0-1 dalam aksi kumpulan kempen kelayakan ketika berkunjung ke Hanoi pada Oktober 2019.
"Kita tidak boleh turun menentang Vietnam dengan gaya permainan ketika bertemu UAE, kita kena lebih menyerang daripada bertahan, ia akan lebih memberi peluang kepada jentera serangan untuk bekerja dan cuba menghasilkan impak dalam permainan," kata Khalid.
Terdahulu, Malaysia memulakan semula saingan kempen kelayakan itu yang tertangguh lebih setahun susulan pandemik COVID-19 dengan kekalahan 0-4 kepada UAE di Stadium Zabeel, Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
Legenda bola sepak negara Khalid Ali ketika dihubungi Bernama berkata skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe sebaliknya, lebih fokus dan jangan sesekali hilang keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk mengejutkan Vietnam. - Sinar Harian
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jangan gentar amaran awal Vietnam - Khalid Ali
Skuad kebangsaan tidak seharuskan berasa gentar dengan kejayaan Vietnam membenam Indonesia 4-0 pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi tadi.
Kekecohan berlaku di luar stadium, beberapa individu ditahan
Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia dicemari insiden kekecohan di luar stadium sebaik perlawanan tamat.