Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa atlet negara supaya tidak menjadikan faktor perkahwinan sebagai penghalang untuk mencipta kejayaan.
Sebaliknya, beliau berkata seseorang atlet itu perlu menjadikan perkahwinan sebagai pendorong untuk berada pada prestasi terbaik dalam bidang sukan masing-masing.
Beliau berkata jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat adalah dua contoh atlet negara yang menunjukkan prestasi membanggakan biarpun telah berumahtangga.
"(Misalnya) Status berkahwin bukan satu alasan yang menyatakan Chong Wei boleh hilang kemampuan dalam pertandingan. Melihat prestasinya pada kejohanan Terbuka Malaysia dan Terbuka Korea, Chong Wei ada kelebihan tersendiri.
"Sekarang tiada alasan buat para atlet yang meletakkan perkahwinan sebagai penghalang malah (perkahwinan) menjadi penyumbang semangat kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan 100Plus, di sini hari ini.
Chong Wei memahat sejarah dengan merangkul kejuaraan kesembilan dalam Siri Super Terbuka Malaysia yang berakhir semalam, selepas menumpaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-7, 21-8 pada perlawanan akhir.
Pada awal bulan ini, pemain nombor satu dunia itu memenangi kejohanan badminton Terbuka Korea selepas mengalahkan pemain China, Du Pengyu 21-12, 21-15 pada perlawanan akhir di Seoul.
Sementara itu, menerusi penajaan untuk tiga tahun lagi sehingga 2015, 100Plus sebagai minuman isotonik nombor satu di Malaysia dengan kandungan penghidratan yang telah dibuktikan, akan terus dicadangkan menjadi minuman pilihan MSN (Majlis Sukan Negara).
Selain tajaan tunai, 100Plus juga menyediakan produk bagi pelbagai aktiviti dan program MSN melibatkan atlet negara.
100Plus juga terus menyokong program pembangunan sukan remaja seperti liga bola sepak Kementerian Pelajaran, Piala Super 100Plus Bawah-18, Sirkit Badminton Remaja Kebangsaan 100Plus dan Terbuka Golf Remaja Malaysia 100Plus.
100Plus juga merupakan penyokong kuat atlet Malaysia dan ketika ini menjadikan dua pemenang pingat Olimpik, Chong Wei dan Pandelela Rinong serta tiga pemain bola sepak negara, Safee Sali, Khairul Fahmi dan Safiq Rahim sebagai Duta 100Plus.
Bernama
Mon Jan 21 2013
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Sempena Hari Hidrasi Sedunia, 100PLUS ajak orang ramai kekal hidrat dan aktif
Komited mengajak orang ramai kekal hidrat, minuman isotonik 100PLUS menganjurkan karnival Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS bermula 23 hingga 26 Jun lepas di Pavilion Kuala Lumpur.
Jangan jadikan perkahwinan alasan tidak berjaya
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa atlet negara supaya tidak menjadikan faktor perkahwinan sebagai penghalang untuk mencipta kejayaan.