PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran supaya tidak melantik ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara dalam kalangan barisan kejurulatihan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Malah menurut bekas Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee, tindakan itu disifatkan akan mengganggu persiapan skuad senior negara menjelang Pusingan Akhir Piala Asia yang dijadualkan berlangsung tahun depan.
“Sebabnya, sekiranya individu dilantik itu mempunyai dua jawatan, saya berasakan ia akan merencatkan persiapan Malaysia menjelang Piala Asia nanti.
“Malah bukan itu sahaja, skuad B-23 negara juga mempunyai tugas besar pada tahun depan iaitu Sukan Asia dan kelayakan Sukan Olimpik 2024.
“Jadi saya rasa lebih elok kita lantik seorang jurulatih baharu yang tidak terlibat dalam mana-mana pasukan kebangsaan ketika ini, supaya mereka akan lebih fokus dalam melakukan kerja mereka,” kata yang juga bekas pengendali Harimau Muda, ketika dihubungi Sinar Harian baru-baru ini.
Pang-gon bersama barisan kejurulatihan Harimau Malaya ke aksi kempen Kumpulan E Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jun lalu.
Sebelum ini pada Rabu, FAM mengumumkan melepaskan Brad Maloney daripada mengendalikan skuad B-23 negara atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Susulan peletakan jawatan tersebut, terdapat beberapa nama yang dikhabarkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Maloney, antaranya ialah pembantu pasukan Harimau Malaya, E Elavarasan dan Paul Marti Vicente.
Selain itu, nama bekas jurulatih skuad Olimpik Korea Selatan, Kim Hak-bum juga turut dikaitkan bagi mengisi jawatan tersebut.
Pada masa sama, pengendali Sabah FC itu berpandangan individu yang mengisi posisi ditinggalkan Maloney juga perlu mempunyai falsafah bola sepak sama seperti dibawa Pan-gon dalam pasukan Harimau Malaya ketika ini.
Jelas Kim Swee, perkara tersebut cukup penting dalam memastikan kesinambungan antara pemain senior dan muda negara dapat diteruskan yang dilihat bakal memberi nilai tambah kepada pasukan negara pada masa depan.
“Bagi saya, apa yang penting sekarang, individu dilantik kelak itu perlulah mempunyai philosophy bola sepak yang sama dengan Pan-gon gunakan ketika ini. Mereka juga perlu ada kerjasama yang baik.
“Ini kerana apabila individu itu ada kerjasama baik, kongsi falsafah bola sepak yang sama, saya rasa kita akan dapat meneruskan kesinambungan antara pemain muda dan senior negara.
“Justeru saya berpendapat, eloklah sekiranya FAM melibatkan ketua jurulatih baharu skuad B-23. Ini kerana segala pendapat dan pandangan yang diberikan perlu diambil kira, ”ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 17 2022

KIM SWEE: Saya rasa lebih elok kita lantik seorang jurulatih baharu yang tidak terlibat dalam mana-mana pasukan kebangsaan ketika ini. - Gambar fail

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Bazar Jalan Pantai meriah seawal jam 2 petang
Bazar Jalan Pantai, Sandakan meriah seawal jam 2 petang dibanjiri pengunjung pelbagai kaum dan agama. Selain menjual pelbagai juadah, tahap kebersihan bazar ini sangat memuaskan.

4,486 fakir dalam senarai TBS
Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup yang dikategorikan sebagai fakir disenaraikan dalam sistem pengkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan layak terima bantuan Aidilfitri.

Jaga kebajikan, KPWKM kaji kerjasama bersama KKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji penambahbaikan Akta Orang Papa 1997 termasuk aspek kerjasama dengan KKM.

Sasar 100 pain darah bantu kekurangan darah hospital Tawau
Kempen derma darah dianjurkan Gereja Saint Patrick Tawau bagi membantu Hospital Tawau dengan kekurangan darah sempena bulan Ramadan.

RM107.43 juta diperuntuk untuk bina kompleks OKU, warga tua
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM100 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memenuhi keperluan golongan OKU dan warga tua.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Industri pembuatan songkok masih releven
Industri pembuatan songkok di Kuching masih releven dan menjanjikan pulangan memberangsangkan. Pengusaha, Siti Mariam usahakan legasi ibu mertuanya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aplikasi jejak Asnaf TBS bantu salur bantuan lebih efektif
Guna aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak bagi bantu lebih ramai yang memerlukan. Aplikasi itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

AWANI Ringkas: Sultan Johor cadangkan tanah-tanah orang Asli di Johor dijadikan tanah kesultanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Liga Super: Sensasi Saddil pastikan Sabah berpesta gol ke atas PDRM
Sabah FC membuka kempen Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas PDRM FC di Stadium Likas sebentar tadi.

Sabah mahu tambah pemain import lagi
Beliau akan berbincang dengan pengurusan Sabah FC memohon kelulusan menambah keperluan slot pemain import dalam tempoh terdekat.

Kim Swee uji kemampuan tiga import baharu di Thailand
Kim swee berkata, kesebelasan utamanya akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini, bagi melayani kunjungan kelab dari Korea, Thailand dan Denmark.

ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.

Barisan pemain Sabah FC ditambah baik hadapi Piala AFC
Semua pemain Sabah FC akan dinilai semula sebelum senarai akhir skuad itu dibuat untuk menghadapi saingan musim hadapan, termasuk Liga Malaysia dan Piala AFC.

Sabah FC sambar tiket ke pentas Asia
Sabah FC akan mengiringi naib juara Liga Super Terengganu FC, beraksi pada saingan kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim hadapan.

Sabah sambar slot ke Piala AFC 2023
Sekiranya juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kelab yang sama, slot kedua Piala AFC diberi kepada pasukan ketiga Liga Super.

Liga Super: Sabah FC hilang tiga tonggak menjelang aksi penting lawan JDT
Sabah FC berisiko terlepas slot ke Piala AFC musim depan seandainya dipintas oleh Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC.

Bola sepak negara hilang 'pakar' dengan pemergian Ismail Zakaria
Ismail adalah seorang jurulatih dikenali kerana kemahiran tinggi yang dimiliki dalam aspek teknikal berbanding sentuhan dan magisnya ketika membimbing pasukan.

'Jangan kacau Pan-gon'
Tindakan itu disifatkan akan mengganggu persiapan skuad senior negara menjelang Pusingan Akhir Piala Asia tahun depan.