awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jauhi bookie, nasihat Tengku Abdullah

Zulhelmi Zainal Azam
Zulhelmi Zainal Azam
21/05/2013
12:16 MYT
Jauhi bookie, nasihat Tengku Abdullah
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan kepada pemain-pemain tempatan supaya menjauhkan diri dari individu yang bertindak sebagai bookie perlawanan.
Titah baginda, langkah bagi menangani kegiatan rasuah bola sepak juga perlu mendapat kerjasama bukan sahaja daripada pihak berkuasa tetapi oleh pemain.
"Saya sudah nasihatkan dari dulu apabila kita melayan mereka inilah akibatnya. Ugutan, cubaan membunuh dan menakutkan ahli keluarga. Jadi anda pemain jangan layan orang seperti ini."
Baginda menggesa kepada semua pihak agar memandang serius isu tersebut bagi mengelak ia terus berleluasa.
Sementara itu, baginda memaklumkan FAM akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan pihak berkuasa, pada khamis.
Ia bagi membincangkan dengan lebih lanjut terhadap permasalahan yang dihadapi sukan nombor satu negara itu, kini.
Isu ini berbangkit susulan perlawanan Liga Perdana antara Kuala Lumpur dan Sime Darby di stadium Cheras, Jumaat lalu.
Dalam pertemuan itu, penyokong memaparkan kain rentang yang bertulis "bookie dikesan" selain meramalkan keputusan perlawanan.
Ironinya, pertemuan itu berakhir dengan kemenangan 5-0 memihak Sime Darby, sama seperti yang diramalkan penyokong.
Topic Berkaitan
#FAM
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Tengku Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan