awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jazeman sasar podium perlumbaan European Le Mans Series

Bernama
Bernama
30/03/2022
00:54 MYT
Jazeman sasar podium perlumbaan European Le Mans Series
JAZEMAN:Apa yang penting, strategi serta persiapan untuk menang itu di landasan yang betul. - Foto Facebook Jazeman Jaafar
KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Jazeman Jaafar meletakkan sasaran kedudukan podium dalam saingan perlumbaan European Le Mans Series (ELMS) yang akan bermula pada 17 April depan di Le Castellet, Perancis.
Jazeman, 29, yang akan membawa cabaran pasukan Virage berkata sasaran tersebut mampu direalisasikan jika sebarang kesilapan yang boleh mengakibatkan kemalangan dapat dibendung dalam siri perlumbaan tersebut.
"Setakat ini pasukan berada dalam keadaan cukup bersedia dan saya akan cuba meraih kedudukan podium daripada perlumbaan awal lagi.
"Apa yang penting, strategi serta persiapan untuk menang itu di landasan yang betul. Ini perlumbaan sangat kompetitif dan jika sebarang kesilapan boleh dapat dielakkan saya rasa tidak mustahil untuk meraih podium," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan Program Perantisan Pemindahan Teknologi (TTAP) di sini semalam.
Jazeman yang akan beraksi secara penuh dalam kategori Le Mans Prototype 2 (LMP2) di perlumbaan berkenaan akan bergandingan bersama pelumba Perancis Gabriel Audry dan pelumba Amerika Syarikat Rob Hodes bagi siri perlumbaan di lima negara itu.
Selain Perancis, perlumbaan ELMS itu akan turut berlangsung di Itali, Sepanyol, Belgium dan Portugal.
Terdahulu, Persona Energy Sdn Bhd dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera berkolaborasi dalam pembangunan TTAP iaitu sebuah program pembangunan modal insan yang direka untuk meningkatkan kemahiran automotif serta pengetahuan bakat tempatan melalui perantisan sukan permotoran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#European Le Mans Series
#JAZEMAN JAAFAR
#pelumba
#elak kesilapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan