KUALA LUMPUR:Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperkuatkan pasukan mereka sebagai persiapan Liga Malaysia 2021 (Liga-M), selepas pasukan itu dilaporkan akan menandatangani seorang penyerang Argentina Jonathan Herrera dari Premira B Nacional, Deportivo Riestra.
Primera B Nacional merupakan divisyen dua pertandingan Liga Bola Sepak Argentina.
Menurut laporan berita daripada Argentina (Instagram wartawan sukan TYC Cesar Luis Merlo) mendedahkan, yang agen Herrera telah bersetuju dengan perjanjian verbal, bersama skuad Southern Tigers mengenai perkara tersebut.
Laporan itu juga mendakwa yang pemain bahagian serangan Argentina berusia 29 tahun itu, akan terbang ke Malaysia pada Sabtu dan menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak tiga tahun bersama JDT.
Sebelum ini pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan yang kelab itu telah pun menandatangani penyerang Brazil Camilo Da Silva Sanvezzo dari kelab Liga Mexico, Tijuana dan juga pemain tengah kebangsaan Muhammad Daniel Amier Norhisham daripada Felda United.
Sementara itu beberapa laporan di Australia mendakwa yang JDT telah bersetuju untuk meminjamkan dua pemain mereka iaitu pemain naturalisasi Malaysia Liridon Krasniqi dan juga pemain muda Indonesia Syahiran Abimanyu, kepada pasukan Liga Australia, Newcastle Jets.
Bagaimanapun wakil JDT ketika dihubungi Bernama pada Rabu, enggan mengulas kedua-dua laporan tersebut, namun menyatakan yang kelab itu akan membuat pengumuman dalam Facebook Johor Southern Tigers.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021
Menurut laporan berita daripada Argentina (Instagram wartawan sukan TYC Cesar Luis Merlo) mendedahkan, yang agen Herrera telah bersetuju dengan perjanjian verbal, bersama skuad Southern Tigers mengenai perkara tersebut.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
JDT jalani kempen pramusim di Sepanyol 14-30 April
Skuad Harimau Selatan akan berpangkalan di Pusat Bola Sepak Melia Villaitana, Benidorm, Alicante.