awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT bakal julang trofi disaluti emas 24k

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/09/2017
12:44 MYT
JDT bakal julang trofi disaluti emas 24k
Trofi ini mengambil konsep futuristik dengan reka bentuk seolah-olah satu keraian, sesuai dengan status dan prestij pasukan itu sendiri.
PASUKAN Johor Darul Takzim bakal merasmikan trofi baharu Liga Super yang disaluti emas 24k.
Ia merupakan antara elemen baharu trofi liga bola sepak tertinggi negara.
Selain emas 24k, trofi berkenaan juga turut disaluti tembaga dan perak.
Nama pasukan yang bergelar juara akan diukir pada bahagian bawah trofi seberat 20 kilogram itu, sementara logo pasukan pula diletakkan di bahagian tengah.
Keseluruhannya, trofi ini mengambil konsep futuristik dengan reka bentuk seolah-olah satu keraian, sesuai dengan status dan prestij pasukan itu sendiri.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia LLP, Kevin Ramalingam, idea trofi itu telah disuarakan sejak tahun 2015, namun ia baru diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang juga merupakan pengerusi FMLLP, selepas mengambil alih kepimpinan bola sepak negara, Mac lalu.
“Trofi baharu ini menjadi petanda era baharu bola sepak Malaysia dan juga menjadi aspirasi kejayaan buat 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super,” tambah Kevin.
Majlis perasmian dan memperkenalkan trofi diadakan siang tadi di Johor Bahru.
JDT akan menjulang trofi Liga Super ini selepas perlawanan menentang Kelantan esok, sekali gus mencipta rekod sebagai juara empat kali berturut-turut.
Topic Berkaitan
#Football Malaysia LLP
#Johor Darul Takzim
#Liga Super
#trofi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan