JOHOR Darul Takzim (JDT) menjulang Piala Sumbangsih menerusi pententuan sepakan penalti selepas kedua pasukan mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
JDT hampir membuka tirai jaringan seawal minit ke 6 menerusi percubaan import baru Juan Martin Lucero namun mudah diselamatkan penjaga gol Norazlan Razali.
Lucero sekali lagi mempunyai peluang membuka rekod jaringan bersama JDT namun sekali lagi digagalkan Norazlan.
Masuk minit ke-27 pemain sayap Hazwan Bakri terpaksa dikeluarkan selepas mengalami masalah 'hamstring' dan digantikan dengan bekas pemain Pahang R. Gopinathan.
Tatkala babak pertama dilihat bakal tamat tanpa sebarang jaringan, import Singapura Haris Harun mengembirakan penyokong tuan rumah dengan meledak gol pembukaan.
Bermula babak kedua Selangor mula memperkemaskan permainan dengan menerapkan corak 'counter-attack'.
Pada minit ke-53 tercetus insiden kekasaran apabila perancang Selangor Nazmi Faiz dilihat menyiku S. Kunanlan yang memaksa pengadil mententeramkan kedua pemain.
Skuad Red Giants terpaksa menunggu hingga memasuki minit ke-60 apabila Hafiz Kamal meledak gol penyamaan menerusi sepakan percuma.
Kedudukan 1-1 terikat sehingga tamat perlawanan sekaligus kedua pasukan berkongsi 1 mata.
Kejuaraan Piala Sumbangsih terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Azrif Nasrulhaq gagal menyempurnakan sepakannya sekaligus memberi kemenangan kepada JDT.
Keputusan perlawanan lain:
Felda United 2-0 Kedah
Pahang 2-2 Terengganu FC II
PDRM 1-0 Sarawak
Perak 0-0 Kelantan
Terengganu 1-0 P.Pinang
Astro Arena
Sun Feb 14 2016
Johor Darul Takzim (JDT) menjulang Piala Sumbangsih menerusi pententuan sepakan penalti selepas kedua pasukan mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. -Laman Facebook Selangor
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
#WeBelangTogether: Adakah Sumareh akan beraksi pada separuh akhir kedua?
Adakah tempoh rehat empat hari sudah memadai untuk Sumareh beraksi pada Rabu ini?
JDT bawa pulang trofi, Selangor bawa pulang mata
Johor Darul Takzim (JDT) menjulang Piala Sumbangsih menerusi pententuan sepakan penalti selepas kedua pasukan mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
"Kita tidak boleh buat apa, teruskan bermain" - Hazwan Bakri
"Pasrah," itu sahaja boleh gambarkan perasaan penyerang skuad kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri apabila mengetahui status perlawanan Palestin dan Malaysia kekal di Hebron.