Johor Darul Takzim (JDT) memberi amaran awal mahu mempertahankan kejuaraan Piala AFC apabila membelasah Ayeyawady United 8-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam ini.
Kapten pasukan Safiq Rahim membuka tirai jaringan seawal minit kelima dan menceriakan seramai 11,560 penyokong tegar yang membanjiri stadium itu sejak pukul 5 petang tadi.
Namun kelab dari Myanmar itu tidak mudah mengalah dan menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi rembatan padu pemain tengahnya, Thiha Zaw.
Bagaimanapun, JDT kembali mendapat rentak dan tidak mengambil masa lama menambah gol kedua dan ketiga pada minit ke-13 dan 31 menerusi pemain importnya, Jorge Rolando Pereyra Diaz dan Marcos Antonio.
Bersambung babak kedua, pasukan kendalian Mario Gomez itu terus mengasak gawang lawan dan berhasil menambahkan jaringan pada minit ke-49 setelah Safiq berjaya menyempurnakan hantaran daripada Diaz untuk kedudukan 4-1.
Kedudukan itu tampak memberi kesan kepada pasukan pelawat apabila rentak permainan mereka mula goyah.
Tekanan juga semakin terasa apabila Ayeyawady dikejutkan lagi dengan gol kelima dan keenam tuan rumah sumbangan Safiq yang melengkapkan hatriknya dan Juan Lucero, masing-masing pada minit ke-63 dan 82.
Sebelum perlawanan berakhir, Lucero dan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak sempat menghadiahkan dua lagi gol pada minit ke-87 dan 89, sekali gus menceriakan penyokong mereka.
JDT akan bertemu kelab India, Bengaluru FC di Stadium Sree Kanteerava di Bangalore, pada 9 Mac ini.
Bernama
Wed Feb 24 2016
Pemain JDT Mohd Amirulhadi Zainal terjatuh ketika mengasak pemain Ayeyawady Yakubu Abubakar pada perlawanan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin. - Bernama
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
JDT berpesta gol, benam Ayeyawady United 8-1
Kapten pasukan Safiq Rahim membuka tirai jaringan seawal minit kelima dan menceriakan seramai 11,560 penyokong tegar yang membanjiri stadium.