Johor Darul Ta’zim melakar sejarah menjadi pasukan pertama tanah air melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC 2015.

Perkara ini telah diumumkan menerusi satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, JDT akan mara ke perlawanan akhir berikutan pembatalan perlawanan pusingan kedua separuh akhir dengan Al-Qadsia yang dijadualkan pada 20 Oktober ini.

Tindakan ini diambil oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA akibat masalah yang ditimbulkan oleh Pasukan Bolasepak Kuwait dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara.

Sehubungan itu, FIFA menghalang pasukan-pasukan daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC bertemu pasukan FC Istiklol dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini.

Menurut JDT, peluang ini dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan Johor Darul Ta'zim melakar satu lagi lembaran baru dalam titian perjalanan mereka di bawah naungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Semalam, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) susulan campur tangan kerajaan dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara.

FIFA mengambil keputusan tersebut dengan segera setelah memberi amaran keras kepad KFA supaya elak daripada melaksanakan undang-undang baru tersebut.

JDT MENCIPTA SEJARAH DENGAN MENJADI PASUKAN PERTAMA TANAHAIR MELANGKAH KE PERLAWANAN AKHIR PIALA AFCJohor Darul Ta'zim...

Posted by JOHOR Southern Tigers on