KELAB Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi musim 2019 di Dataran Bandaraya, di sini, Sabtu malam.
Jersi baharu musim ini didatangkan dengan dua rekaan khas daripada ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat iaitu merah biru bagi tuan rumah dan jersi perlawanan di tempat lawan berwarna ungu.
Pelancaran jersi baharu tersebut disempurnakan Presiden JDT, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dengan kehadiran penyokong kelab berkenaan walaupun dalam keadaan hujan renyai.
Pelancaran turut dapat disaksikan peminat JDT di seluruh daerah menerusi tayangan skrin gergasi.
Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest Rodrigues berkata pihaknya amat berbesar hati menjadi rakan kongsi kepada sebuah kelab yang memiliki rekod terbaik di Malaysia.
Katanya, jersi pasukan JDT terbaharu itu memperagakan lambang harimau yang bertenaga dan menjadi kebanggaan negeri Johor dan direka dengan grafik penuh yang terkandung warna-warna bendera negeri ini.
Manakala jersi perlawanan di tempat lawan mengambil inspirasi dari La Ferrari berwarna ungu milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sinonim dengan kelajuan, kekuatan dan elegan.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim.
Jersi baharu berkenaan akan digunakan JDT pada saingan Liga Super, Johor Darul Ta'zim II yang beraksi di Liga Perdana, Johor Darul Ta'zim III bagi saingan Piala Presiden dan Johor Darul Ta'zim IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.
Penyokong boleh mendapatkan jersi itu yang dijual di seluruh daerah dengan harga RM185 sehelai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 12 2019
Rekaan jersi baharu JDT menggabungkan elemen merah biru bagi perlawanan sebagai tuan rumah. - Facebook Johor Southern Tigers
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
JDT lancar jersi baharu musim 2020
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi musim 2020 di Dataran Bandaraya, di sini, malam tadi.
Tiada perhimpunan di Dataran Bandaraya
Usaha segelintir individu untuk menghimpunkan penyokong kegiatan berbasikal lewat malam di Dataran Bandaraya di sini hari ini nyata gagal apabila lokasi itu lengang.