JOHOR BAHRU: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi musim 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.
JDT menerusi kenyataan memaklumkan, jersi yang dihasilkan dengan kerjasama Nike sejak 2014 itu didatangkan dengan dua rekaan iaitu jersi merah biru untuk tuan rumah dan jersi di tempat lawan berwarna putih.
Identiti bendera Johor berwarna merah biru pada jersi tuan rumah serta bercorak 'camouflage' masih dikekalkan namun diberikan kelainan dengan tambahan kolar pada kali ini.
"Bagi jersi pelawat pula, JDT mengekalkan warna putih sebagai warna utama selain terdapat adunan kombinasi jalur merah di bahagian lengan dan biru di bahagian belakang jersi.
"Tahun ini merupakan musim kesembilan JDT bekerjasama dengan Nike yang telah meraikan kejayaan tanpa henti sejak 2014. Jersi-jersi ini adalah sebagai identiti kolektif bagi legasi kelab dan kejayaan di dalam dan di luar padang," menurut kenyataan itu.
JDT menyatakan pengenalan jersi baharu dilancarkan menerusi tayangan video berdurasi satu minit 40 saat yang menampilkan beberapa pemain dan pemilik JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Video tersebut turut membayangkan bahawa JDT sudah bersedia untuk menakluki musim 2023.
JDT pada masa sama turut memaklumkan bahawa logo Socios.com, iaitu sebuah platform aplikasi yang menjadi penghubung dan memberi peluang ganjaran kepada penyokong kelab itu turut diletakkan pada kedua-dua jersi tersebut.
Penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut di JDT Online Store serta pengedar berdaftar Southern Tigers Sdn Bhd (STSB) di semua daerah di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023
Identiti bendera Johor berwarna merah biru pada jersi tuan rumah serta bercorak 'camouflage' masih dikekalkan namun diberikan kelainan dengan tambahan kolar pada kali ini. - Gambar/ FB Johor Southern Tigers
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.