awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan pelawat Turkiye ke Malaysia meningkat 31.8 peratus tahun lalu
Pejalan kaki maut dirempuh motosikal
Feyenoord sambar khidmat pemain berdarah Belanda-Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT menang tipis ke atas Penang FC

Bernama
Bernama
04/03/2022
15:45 MYT
JDT menang tipis ke atas Penang FC
JDT terpaksa bekerja keras dengan serangan bertali arus untuk memecahkan kubu pertahanan Penang bagi mencari jaringan berharga itu. - Gambar/ JOHOR Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan pemburuan gelaran Liga Super kesembilan berturut-turut dengan mencatakan kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Skuad Harimau Selatan yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah menerusi kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC pada minggu lepas, bagaimanapun terpaksa bekerja keras dengan serangan bertali arus untuk memecahkan kubu pertahanan Penang bagi mencari jaringan berharga itu.
Selepas berusaha selama 70 minit, pemain import dari Brazil Bergson da Silva berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan percuma pemain muda Arif Aiman Mohd Hanapi.
Terdahulu, Kedah Darul Aman (KDA) FC mengutip tiga mata selepas mengatasi pendatang baharu liga, Sarawak United FC menerusi kemenangan 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.
Pemain import dari Cameroon Ronald Ngah muncul wira buat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak dengan jaringan tunggal pada minit ke-16, turut mencatat nama sebagai penjaring pertama bagi Liga Super musim ini.
Di Kota Kinabalu, Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dan deretan peluang terhidang apabila kalah 0-1 kepada juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Likas.
Sabah mendapat peluang terbaik untuk mencipta gol apabila pengadil Zulkarnain Zakaria menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-47, selepas penyerang Neto Pessoa dikasari penjaga gawang Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dalam kotak penalti, namun sepakan penyerang import dari Brazil itu diselamatkan oleh Ahmad Syihan.
Skuad kendalian K. Devan berjaya mengesahkan tiga mata apabila pemain pertahanan, Khair Muhammad Jefri Jones merembat masuk sepakan percuma Ahmad Khuzaimi Piee, yang gagal dikeluarkan oleh benteng pertahanan Sabah pada minit ke-52.
Topic Berkaitan
#JDT
#Penang FC
#Liga Super
#KL City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan