awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis

'JDT sering dapat penalti kerana penyerang mereka berbisa' - Khairul Fahmi

Astro Arena
Astro Arena
08/04/2016
06:52 MYT
'JDT sering dapat penalti kerana penyerang mereka berbisa' - Khairul Fahmi
KHAIRUL FAHMI: Mengharapkan aksi 100 peratus daripada skuadnya bagi menghalang kemaraan JDT.
PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, yang tidak rela gawang Kelantan dibolosi Johor Darul Takzim (JDT), menggesa barisan pertahanan lebih serius sepanjang 90 minit permainan di atas padang dalam aksi Liga Super, malam ini. Menyedari lawan bukan calang-calang pasukan, Khairul Fahmi atau dikenali dengan panggilan Apek, tetap menuntut aksi 100 peratus daripada skuadnya bagi menghalang 'nafsu' JDT yang ingin meneruskan rentak cemerlang mereka. Anak jati Kelantan itu melihat bukan hanya Jorge Pereyra Diaz menjadi ancaman utama, malahan kekuatan jentera serangan JDT turut diperkuatkan dengan kelibat pemain tempatan seperti Safiq Rahim serta Amri Yahyah. "Kalau boleh, kita mahukan kemenangan, jadi saya akan berusaha mengelak bolos. Saya rasa ramai pemain lawan yang perlu kita berhati-hati seperti Diaz, Amri dan Safiq. Setiap posisi kita juga perlu sempurna, jadi ia bukan tugas mudah untuk kami semua," katanya. Mengulas kelebihan JDT yang sering mendapat sepakan penalti dalam setiap perlawanan, Khairul Fahmi tidak mahu cepat melatah, sebaliknya mengharapkan kerjasama seluruh pasukan menghalang perancangan Harimau Selatan itu bermula dari tengah padang lagi. "Mereka sering mendapat penalti kerana serangan mereka berbisa, maksudnya mereka selalu menyerang. "Penyerang mereka selalu berada dalam kotak penalti pihak lawan, itu kelebihan mereka. Kita hanya perlu mengelak kesilapan berlaku dan mempertahankan kawasan kita daripada mereka," tambahnya.
Topic Berkaitan
#JDT
#Kelantan
#Khairul Fahmi Che Mat
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.