KUALA LUMPUR: Juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) menempah slot ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan Sabah FC 3-0, pada aksi keempat Kumpulan D di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam ini.
Dengan rekod empat kemenangan diraih setakat ini, skuad Harimau Selatan menjadi pasukan kedua melayakkan diri ke pusingan kalah mati, mengikut jejak pendahulu Kumpulan C Melaka United FC, yang telah mengesahkan kemaraannya lebih awal.
Pada aksi malam ini, JDT yang masih segar dengan kejayaan 2-0 mengatasi skuad Badak pada pertembungan pusingan pertama saingan kumpulan di Kota Kinabalu, Jumaat lepas, mempamerkan permainan bertenaga seawal wisel permainan dibunyikan.
Skuad bimbinan Benjamin Mora pantas menghukum kealpaan benteng pertahanan Sabah FC yang masih tercari-cari rentak di awal permainan, apabila Leandro Velazquez yang tidak dikawal melepaskan rembatan padu untuk mencetak nama sebagai penjaring pada minit keenam.
JDT terus menguasai perlawanan dengan kawalan bola yang kemas selain hantaran-hantaran pendek dan pantas dalam usaha menggandakan kedudukan, sebelum dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Begson Da Silva pada minit ke-33 selepas bola terkena tangan pertahanan lawan.
Aksi bertenaga terus ditampilkan JDT pada separuh masa kedua tatkala Sabah FC terus buntu mencipta gerakan serangan yang efektif, namun pasukan tuan rumah perlu menunggu sehingga penghujung perlawanan untuk sekali lagi menembusi gawang pasukan pelawat.
Selepas percubaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid terkena tiang pada minit ke-85 dan sepakan penalti 'panenka' Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-90 gagal menewaskan penjaga gol, Bergson muncul dengan jaringan kedua peribadinya pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Penyerang Brazil itu bijak mencari ruang sebelum menanduk bola sepakan percuma rakan sepasukan Safiq Rahim untuk jaringan ketiga JDT, dan mengesahkan kemenangan 3-0 pasukan di hadapan penyokong sendiri.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan D, Petaling Jaya (PJ) City FC berdepan tentangan sengit Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Keputusan itu meletakkan PJ City FC kendalian P. Maniam yang kini berada di tempat kedua dengan mengumpul lima mata di kedudukan yang masih belum selamat dalam perebutan slot ke pusingan suku akhir.
JDT selaku pendahulu Kumpulan D kekal di puncak mengumpul 12 mata, diikuti PJ City FC sementara Kelantan FC dan Sabah FC yang masih memiliki peluang masing-masing di tempat ketiga dan keempat mengutip dua mata.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021
JDT selaku pendahulu Kumpulan D kekal di puncak mengumpul 12 mata, diikuti PJ City FC sementara Kelantan FC dan Sabah FC yang masih memiliki peluang masing-masing di tempat ketiga dan keempat mengutip dua mata. - Gambar fail
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
ACLE: Nasib baik tak kalah - TMJ
Tunku Ismail meluahkan kekecewaannya kerana JDT tidak bernasib baik susulan diikat gergasi Liga Thailand, Buriram United, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.