awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT tewas tipis kepada Nagoya Grampus

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2021
16:30 MYT
JDT tewas tipis kepada Nagoya Grampus
Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang seimbang seterusnya terikat tanpa jaringan perlawanan pada babak pertama. - Gambar/ Facebook Johor Southern Tigers
HASRAT penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk memberi impak positif pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tampak meyakinkan apabila sekadar tewas 0-1 kepada Nagoya Grampus sebentar tadi.
Dalam aksi Kumpulan G di Stadium Rajamangala, Bangkok tersebut, menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang seimbang seterusnya terikat tanpa jaringan perlawanan pada babak pertama.
Bersambung babak kedua, barisan pemain gergasi Liga Jepun (J-League) kendalian Massimo Ficcadenti begitu agresif mengasak jentera skuad Benjamin Mora.
Hasilnya, Nagoya Grampus akhirnya berjaya meledak jaringan tunggal pada minit ke-60 menerusi percubaan Hiroyuki Abe untuk gol tunggal perlawanan.
Untuk rekod, Pohang Steelers kini menerajui kumpulan dengan tiga mata, diikuti Nagoya Grampus kedua (3 mata), JDT ketiga (0) dan Ratchaburi keempat (0).
Anak buah Mora dijadualkan menentang Ratchaburi pada perlawanan seterusnya pada 25 Jun ini.
Artikel asal: JDT tewas tipis kepada Nagoya Grampus
Topic Berkaitan
#JDT
#Liga Juara-Juara Asia
#ACL
#tewas tipis
#Bangkok
#nagoya grampus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan