KUALA LUMPUR: Empat wakil negara termasuk juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah gagal melepasi saingan peringkat kumpulan di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, hari ini.
Dalam perlawanan Kumpulan B, Aaron-Wooi Yik tewas kepada pilihan kempat kejohanan, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China, 21-23, 24-22, 16-21, dalam perlawanan selama 66 minit di Arena Nimibutr.
Beregu negara itu, yang tunduk di tangan beregu berpengalaman dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 12-21, 15-21, 15-21, semalam, akan melengkap jadual dengan menentang beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, esok.
Bagaimanapun, beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menghidupkan semula peluang apabila mengalahkan beregu Korea Selatan, Choi Sui Gyu-Kim Won Ho, 21-17, 23-21 dalam Kumpulan A selepas tewas19-21, 16-21 kepada juara bertahan, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun pada perlawanaan pembukaan, semalam.
"Kekalahan semalam adalah pengajaran bagus kepada kami selepas begitu bertekad untuk menang semalam tetapi hari ini kami hanya mahu bermain seperti biasa tanpa tekanan dan ia berhasil," kata Ee Yi kepada BWF selepas perlawanan tersebut.
Bagaimanapun, lalu ke separuh akhir berliku apabila Yew Sin-Ei berdepan dengan pilihan utama kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, esok.
Sementara itu, laluan Pearly-Thinaah untuk mara ke kelompok empat terbaik sudah tertutup susulan kekalahan kedua berturut-turut dialami mereka dalam saingan Kumpulan B apabila tewas di tangan juara dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 13-21, 15-21.
Dalam pada itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sen turut gagal mara ke saingan separuh akhir apabila tewas kepada beregu tuan rumah, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, 9-21, 12-21, dalam saingan Kumpulan A.
Pearly-Thinaah akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan dengan menentang wakil China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu manakala Vivian-Chiew Sen menentang beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai. esok.
Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal mengekalkan momentum rentak kemenangan apabila tewas kepada wakil tuan rumah,Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai of Thailand, 9-21, 11-21.
Selepas mengejut juara Sukan Olimpik Tokyo 2020,Wang Yi Lyu-Huang Dongping dari China, 23-21, 14-21, 21-16 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, semalam, Kian Meng-Pei Jing, masih mempunyai peluang mara ke separuh akhir sekiranya menewaskan wakil tuan rumah, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, pada perlawanan akhir kumpulan esok.
Dalam kumpulan A, satu lagi beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal mara ke saingan separuh akhir selepas mengalami kekalahan kedua berurut-turut apabila tumpas kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-16, 18-21, 17-21.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Aaron-Wooi Yik tewas kepada pilihan kempat kejohanan, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China, 21-23, 24-22, 16-21, dalam perlawanan selama 66 minit di Arena Nimibutr. - Gambar fail

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.

TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Jemaah haji B40, M40 kali pertama layak terima bantuan, T20 bayar penuh
Bayaran Haji jemaah Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan haji meningkat RM3,000 kepada RM15,980 seorang.

AWANI Ringkas: Lantikan boleh dianggap raih sokongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan
BERSIH mengecam pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

KDN serah kepada SPRM berhubung siasatan penyelewengan perjanjian sukuk
Saifuddin Nasution berkata SPRM harus diberi ruang seluas-luasnya untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang-undang.

Kerjasama Farm Fresh-UPM tingkat minat mahasiswa ceburi industri tenusu dan pertanian
Farm Fresh Bhd memeterai Memorandum Perjanjian bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangunkan Pusat Edutourism dalam meningkatkan minat mahasiswa menceburi industri tenusu.

Kemaraan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii mengejutkan - Boon Heong
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah gagal lepasi peringkat kumpulan
Empat wakil negara termasuk juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah gagal melepasi saingan peringkat kumpulan di Jelajah Dunia Akhir BWF.

Axelsen, Yamaguchi pemain terbaik BWF
Anugerah tahunan sempena majlis makan malam gala Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 itu diadakan bagi mengiktiraf prestasi pemain.

Misi layak Jelajah Dunia Akhir, Zii Jia perlu tewaskan Guang Zu hari ini
Zii Jia yang kini pada ranking kesembilan dengan 54,930 mata perlu mengatasi Guang Zu di tangga kelapan dengan 56,310 mata.

Cabaran Malaysia di Jelajah Dunia Akhir BWF tamat
Keputusan paling mengecewakan apabila Lee Zii Jia ditewaskan oleh pemain di ranking ke-23 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia terlalu kuat untuk kumpulan B
Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia, menamatkan perlawanan terakhirnya di Kumpulan B dengan satu lagi kemenangan.

Badminton Jelajah Dunia BWF: Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara separuh akhir kejuaraan Jelajah Dunia Akhir BWF di Bali pada Jumaat.

Zii Jia kekal rentak kemenangan di Jelajah Dunia BWF
Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menewaskan Toma Junior Popov dari Perancis pada perlawanan Kumpulan B di Bali, Indonesia, hari ini.