awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Borneo utamakan penambahbaikan sistem - Lee
MOSTI teraju inisiatif AI teknologi pintar bagi daya saing industri
Lula kritik Trump kerana cuba "tadbir dunia" melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah trofi Piala Dunia ke Malaysia, suntikan semangat beraksi lebih baik - Gilberto Silva

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
21/01/2026
12:04 MYT
Jelajah trofi Piala Dunia ke Malaysia, suntikan semangat beraksi lebih baik - Gilberto Silva
Legenda Piala Dunia dari Brazil Gilberto Silva (tengah) bersama legenda bola sepak negara Datuk Santokh Singh (kanan) bersama Trofi Piala Dunia FIFA sempena Siri Jelajah Global 75 Negara Sempena Piala Dunia 2026. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jelajah trofi Piala Dunia FIFA ke Malaysia merupakan pemangkin dan inspirasi kepada golongan muda dan pemain bola sepak untuk beraksi dengan lebih baik.

Ringkasan AI
  • Gilberto Silva menggesa jelajah trofi Piala Dunia FIFA ke Malaysia memberi inspirasi kepada golongan muda dan pemain bola sepak untuk meningkatkan prestasi.
  • Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Malaysia dalam siri jelajah global dengan 75 persinggahan, menarik perhatian orang ramai di Sunway Pyramid.
  • Kehadiran trofi Piala Dunia FIFA di Malaysia diharap dapat membangkitkan semangat anak muda untuk bermain bola sepak serta mendukung impian Malaysia beraksi di Piala Dunia pada masa akan datang.

Demikian kata legenda bola sepak Brazil, Gilberto Silva, yang turut menyatakan harapan agar jelajah trofi ini mampu membakar semangat pasukan bola sepak kebangsaan untuk beraksi cemerlang dan seterusnya mara ke Piala Dunia.
“Saya rasa inilah maksud trofi ini untuk memberi inspirasi kepada orang lain, kepada para pemain, kanak-kanak dan kita semua untuk menjadi lebih baik.
“Dengan membawa trofi ini mengelilingi dunia, kita diberi peluang untuk sentiasa memperbaiki diri.
“(Ini kerana) untuk berpeluang bermain dalam Piala Dunia, kita perlu meningkatkan prestasi, kita perlu menjadi lebih baik setiap hari bersama kelab dan pasukan kebangsaan.
“Saya berharap inspirasi daripada persinggahan trofi ini di Malaysia dapat memberi semangat kepada ramai anak-anak muda untuk bermain bola sepak dan semoga suatu hari nanti kita dapat melihat Malaysia beraksi di Piala Dunia,” katanya.
Trofi Piala Dunia FIFA tiba di di Pusat Penerbangan Serantau Skypark, Subang pada Rabu sempena siri jelajah global yang merangkumi 75 persinggahan termasuk Malaysia.
Trofi berprestij itu dipamerkan kepada orang ramai di Sunway Pyramid sehingga petang Rabu.
Piala Dunia 2026 yang buat julung kalinya menampilkan 48 pasukan, dijadual berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada dari 11 Jun sehingga 19 Julai.
Kali terakhir trofi Piala Dunia dipamerkan di Malaysia menerusi Jelajah Piala Dunia FIFA 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sempena acara sukan bola sepak paling berprestij itu yang dihoskan Brazil.
Hadir sama ialah legenda Manchester United, Dwight Yorke,yang merupakan duta FIFA pada masa itu.
Topic Berkaitan
#jelajah trofi Piala Dunia FIFA
#Malaysia
#bola sepak
#Gilberto Silva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan