awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeneral tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi aset terbaru JDT

Astro Arena
Astro Arena
16/06/2025
05:30 MYT
Jeneral tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi aset terbaru JDT
Kelincahan Ibrahim Manusi, memikat juara Liga Super 11 kali berturut-turut, JDT untuk menandatanganinya sebagai pemain. - Stadium Astro
PERPINDAHAN yang sudah dijangka!

Ringkasan AI
  • Ibrahim Manusi menyertai semula JDT selepas cemerlang bersama Sri Pahang, di mana beliau menjadi tonggak utama dan membantu pasukan mara ke final Piala Malaysia.
  • Pemain tengah berusia 23 tahun ini dikenali kerana kelicahan dan ketenangan di padang, menjadikan beliau antara prospek terbaik yang dilatih Fandi Ahmad.
  • Ibrahim kembali ke Johor, negeri asal dan tempat pengajiannya di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, untuk menyambung karier bola sepak bersama skuad Xisco Muoz musim depan.

Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor.
Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim Manusi, memikat juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk menandatanganinya sebagai pemain baharu menjelang musim akan datang, Ogos ini.
Tempoh matang selama satu musim bersama Sri Pahang menjadikan Ibrahim antara permata bernilai kelab itu musim lalu.
Ketenangan mengawal bahagian tengah menjadikannya antara pemain berkaliber di bawah kendalian Fandi Ahmad.
Ibrahim bersama Tok Gajah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum bergelar naib juara ditewaskan Harimau Selatan. Antara pemain yang wajar diberikan tumpuan musim depan.
Tanpa menunggu lama, JDT segera menyambar khidmat Ibrahim Manusi selaku pemain tempatan baru memperkuat skuad Xisco Munoz dan bakal bergandingan bersama beberapa bintang terbaik kancah tempatan.
There's only one place to take football to a higher standard. Welcome to the Southern Tigers, Ibrahim Manusi #JDTForAll#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/mX43NWnCMX
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 16, 2025
Usai status penyertaan Sri Pahang dalam kancah tertinggi negara itu, Ibrahim membuat keputusan tepat untuk berkelana ke selatan tanah air bagi meneruskan karier selaku pemain bola sepak.
Untuk rekod, Ibrahim Manusi merupakan produk Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar dan kini dia kembali semula ke bumi Johor untuk menabur bakti.
Ibrahim telah melakukan 29 penampilan bersama Sri Pahang dalam semua pertandingan musim lalu. -- Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Ibrahim Manusi
#JDT
#Sri Pahang
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami