Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihati kelab-kelab bola sepak di Malaysia untuk berbelanja mengikut peruntukan dan tidak berhutang.
Dalam satu sesi dialog yang dimuat naik di laman Facebook milik Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata dana sepatutnya datang daripada penaja yang ada syarikat atau perniagaan.
"Anda tidak perlu ada RM10 juta dan anda guna RM15 juta, kemudian terpaksa berhutang dan anda berjumpa (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak minta duit.
“Saya tahu kelab mana yang minta duit malah ada juga kelab dari pantai timur baru-baru ini, minta RM2 juta daripada kerajaan.
“Saya menegaskan dan memberi nasihat ini secara terbuka. Kepada Perdana Menteri, jangan dilayankan permintaan itu kerana wang kerajaan adalah wang rakyat untuk perubatan, pendidikan dan semua hal ehwal rakyat, bukannya bola sepak,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa dana untuk pasukan beliau iaitu Johor Darul Ta'zim F.C. (JDT) adalah daripada penaja dan pelabur asing di Johor.
Justeru itu, beliau menasihati agar kelab lain tidak belanja secara berlebihan.
“Nasihat saya kepada kelab-kelab lain, sekiranya anda mempunyai RM10 anda perlu menggunakan RM5 sahaja dan menyimpan bakinya, bukannya ada RM10 tetapi menggunakan sebanyak RM15 dan terpaksa berhutang.
“Jikalau tidak mampu membeli Ferrari, belilah Toyota dahulu,” kata Tunku Ismail.
Tambahnya, JDT akan mendapat dana yang lebih sedikit pada tahun 2017 berbanding tahun ini.
Pasukan itu mungkin hanya menggunakan satu atau dua pemain import sahaja untuk elak daripada hutang dan krisis kewangan.
“Tidak kuat dan tidak menang pun tidak mengapa, ini adalah bola sepak.
“Bola sepak ada tahun anda menang, ada tahun anda kalah, kita tidak boleh menang sepanjang masa. Mesti ada kalah,” katanya.
Syafique Shuib
Sat Sep 24 2016
Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata dana kelab bola sepak sepatutnya datang daripada penaja. -Gambar fail
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.

Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.

Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
Jika tak mampu beli Ferrari, belilah Toyota dahulu - TMJ
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata dana kelab bola sepak sepatutnya datang daripada penaja yang ada syarikat atau perniagaan.