PEMAIN perseorangan wanita, Goh Jin Wei mempersoal keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tidak akan mendaftarkan namanya menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun.
Jin Wei berkata, dia tidak pasti kesalahan yang dilakukannya sedangkan keputusannya meninggalkan BAM pada September tahun lalu dengan persetujuan bersama atas faktor kesihatan.
"Pertama, mereka (BAM) menerima peletakan jawatan saya pada September 2021 dan tiada bantahan selama ini. Tetapi kenapa pula sekarang menjadi isu?
"Kedua, kenapa saya boleh mendaftarkan diri pada Terbuka India bulan lalu? Itu bermakna saya ada hak bermain dan saya tidak melanggar mana-mana polisi.
"Ketiga, (BAM) enggan mendaftarkan nama saya dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun. Jika anda enggan mendaftarkan saya, saya tidak dapat bermain di peringkat antarabangsa.
"Ini akan menjejaskan kehidupan saya. Badminton satu-satunya kemahiran yang saya ada dan itu kerja saya," katanya menerusi video yang disiarkan dalam saluran YouTube miliknya pada Sabtu.
BACA: Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Tiga bulan selepas mengumumkan persaraannya, Jin Wei yang juga bekas juara remaja dunia kembali beraksi secara profesional dengan menandantangani kontrak bersama Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).
Selain Lee Zii Jia yang 'digam' dua tahun berkuat kuasa 18 Januari 2022, Jin Wei yang meninggalkan BAM pada 11 September lalu pula dikenakan hukuman berkuat kuasa 31 Oktober 2021.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 23 2022

JIN WEI: Ini akan menjejaskan kehidupan saya. Badminton satu-satunya kemahiran yang saya ada dan itu kerja saya. - Gambar fail

Mahkamah | Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul warga emas
Seorang juruteknik sebuah syarikat automotif yang tular memukul lelaki warga emas, Ahad lalu, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

HFMD | 17 taska, pusat jagaan ditutup di Kelantan
17 taska dan pusat jagaan kanak-kanak diarahkan menutup operasi hari ini, susulan peningkatan kes penyakit tangan kaki dan mulut HFMD di Kelantan. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes HFMD di negeri itu kini mencecah 3,726 kes setakat semalam.

Letak Jawatan | Keputusan Zuraida Kamaruddin tidak jejas Perikatan Nasional
Pas yakin peletakan jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin tidak menjejaskan Perikatan Nasional. Presidennya,Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai sebuah negara demokrasi sesiapa sahaja bebas membuat keputusan untuk menyertainya. katanya, pemimpin boleh datang dan pergi.

Pemalsuan Dokumen | Peguam akan buat rayuan
Datuk Peter Anthony ketika ditemui selepas selesai prosiding memberitahu, peguamnya akan membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Sesyen itu. Terdahulu, Hakim Azura Alwi membenarkan penangguhan bagi hukuman penjara sementara rayuan, namun tertuduh perlu menjelaskan denda RM50 ribu hari ini.

Imran Khan beri tempoh 6 hari untuk Pakistan umum tarikh pilihan raya
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu.

Games Bagus | Memperkasakan penciptaan permainan di Malaysia
Memperkasakan penciptaan permainan di Malaysia dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dengan mencetuskan kesedaran mengenai isu semasa. Itu keunikan program Games Bagus dianjurkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dengan kerjasama Biji-biji Initiative dan Synapze.

Hajiji gesa GLC bayar dividen RM1 juta mulai tahun ini
Hajiji gesa GLC Sabah membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta kepada kerajaan negeri mulai tahun ini.

Pelancongan | Cuaca tidak menentu tak jejas kemasukan pelancong - Nancy
Perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini tidak akan menjejaskan kemasukan bilangan pelancong dari luar ke dalam negara, jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri

Banjir Kilat | Tingkatkan sistem perparitan di Kuala Lumpur untuk tangani banjir kilat
Longkang-longkang tersumbat terutama di kawasan-kawasan pembinaan dan pasar merupakan punca utama berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Ketetapan untuk tindakan menyatukan bangsa
Sidang Penyatuan Bangsa anjuran Majlis Perundingan Melayu capai kata sepakat usaha yang perlu diambil untuk mengukuhkan jihad.

Piala Uber: Jin Wei teruja, harap tuah kali kedua di Bangkok
Empat tahun lepas, bekas juara junior dunia Goh Jin Wei membuat penampilan keduanya dalam Pusingan Akhir Piala Uber di Impact Arena.

Badminton Terbuka Korea Selatan: Kemunculan semula bergaya Jin Wei
Jin Wei yang berada di ranking ke-127 memerlukan 53 minit untuk menjinakkan lawannya di ranking ke-52, dengan kemenangan 21-19, 16-21, 21-17.

Zii Jia, Jin Wei boleh beraksi dalam kejohanan antarabangsa - BAM
BAM bersetuju membenarkan pemain badminton negara Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei bertanding dalam kejohanan antarabangsa.

Jin Wei kemuka rayuan kepada BAM
Bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei mengikuti jejak pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mengemukakan rayuan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan penggantungan.

Jin Wei persoal keputusan BAM
Keputusannya meninggalkan BAM pada September tahun lalu dengan persetujuan bersama atas faktor kesihatan.

Wooi Yik harap Jin Wei berjaya dalam bidang lain
Wooi Yik berkata walaupun keputusan itu mengejutkan, perkara itu mungkin sudah difikirkan dengan teliti dan lama oleh Jin Wei.

Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Goh Jin Wei pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube.

Tiga wakil negara julang gelaran Terbuka Sepanyol
Ia mungkin hanya kejohanan di peringkat keempat tetapi tetapi ia tidak menghalang Malaysia untuk mendominasi.

Kisona atasi Jin Wei untuk muncul juara Kejohanan Antarabangsa Sepanyol
Pemain perseorangan wanita negara S Kisona muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol 2021 selepas menewaskan rakan senegara Goh Jin Wei di La Nucia, pada Sabtu.