Johor Darul Takzim (Johor DT) yakin mampu mengungguli kelompok kumpulan pada Watson Piala Malaysia 2013 dengan melakukan persiapan rapi melalui perlawanan persahabatan.

Ketua Jurulatih Johor DT, Azmi Mohammad yang mengantikan Fandi Ahmad berkata, rentak permainan anak buahnya masih banyak perlu diperbaiki bagi menghadapi perlawanan pertama menentang PKNS FC.

Namun, Azmi optimis bahawa beliau mampu memperkemaskan corak permain anak buahnya melalui perlawanan persahabatan bagi menghadapi Watson Piala Malaysia 2013.

Tambah Azmi, kelebihan mempunyai pemain kebangsaan dalam pasukan bimbingannya dilihat sebagai satu kelebihan dan berharap setiap pemain mempamerkan permainan yang bermutu.

Bagi Ketua Jurulatih Pasukan Perth Glory, Alistair Edwards, yang pernah mewakil Johor pada suatu ketika dahulu, pemain Johor DT mempamerkan corak pemainan yang bertenaga ketika perlawanan persahabatan menentang pasukan bimbingannya.

“Saya yakin Johor DT mampu membawa Piala Malaysia ke Johor,” katanya selepas perlawanan persahabatan antara Johor DT menentang Perth Glory di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Johor DT tewas kepada Perth Glory dengan 2-0.