Segalanya seakan tidak menjadi buat pengurus Manchester United Jose Mourinho. Belum reda isu tewas kepada musuh tetangganya Manchester City, pengendali berbangsa Portugis itu terlibat pula dengan pergaduhan dengan penjaga gawang Manchester City, Ederson.
Memetik laporan Mirror, Pergaduhan bermula apabila Mourinho yang menghampiri bilik persalinan skuad pelawat dan meminta pemain Manchester City jangan terlalu buat bising ketika meraikan kemenangan mereka.
Tidak puas hati dengan tindakan itu, Ederson yang juga penjaga gol kebangsaan Brazil kemudian bertegang urat dengan Mourinho.
BACA: The Red Devils tersungkur di Old Trafford, Manchester City terus unggul
Perang mulut menarik perhatian beberapa lagi individu dan mencetuskan pertengkaran lebih besar melibatkan sekurang kurangnya 20 orang terrmasuk penyerang United Romelu Lukaku dan jurulatih penjaga gol pasukan itu Silvino Louro.
Mourinho dilaporkan lencun selepas terkena simbahan susu dan air oleh Ederson. Namun jurulatih City, Mikel Arteta lebih malang apabila mengalami luka di bahagian atas mata.
Episod tegang ini mengulangi insiden hampir sama pada 2004 ketika sambutan Battle of Buffet di Old Trafford selepas United menamatkan rekod 49 perlawanan tanpa kalah Arsenal yang menyaksikan bekas pengendali United Sir Alex Ferguson dilempar pizza.
Mourinho kibar bendera putih
Mourinho sebelum itu mempertikai keputusan pengadil perlawanan Michael Oliver yang tidak memberikan sepakan penalti kepada Ander Herrera sebaliknya melayangkan kad kuning selepas dia dilihat merebahkan badan dalam kotak penalti.
Keputusan tengah malam tadi menyaksikan Mourinho buat kali pertama mengakui harapan untuk The Red Devils menjulang piala Liga Perdana Inggeris EPL kian pudar.
"Persaingan taktha liga mungkin sudah berakhir.
"City adalah pasukan yang berkualiti dan dilindungi oleh tuah dan semua dewa bola sepak berada di belakang mereka.” kata Mourinho.
City kini mengukuhkan kedudukan di takhta EPL dengan melebarkan kedudukan kepada 11 mata mengatasi United di tangga kedua.
Astro Awani
Mon Dec 11 2017
Mourinho dilaporkan lencun selepas terkena balingan susu dan air oleh Ederson.- Foto Reuters/Andrew Couldridge Livepic
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Marquez kena penalti enam tempat, Zarco bermula dari petak utama
Marquez dikenakan penalti enam petak atas kesalahan beliau pada selekoh ke-9 di mana beliau didapati menunggang dengan cara yang tidak bertanggungjawab.
Jose Mourinho 'mandi susu' dalam pergaduhan di bilik persalinan dengan Ederson
Pergaduhan bermula apabila Mourinho meminta pemain Manchester City jangan terlalu bising ketika meraikan kemenangan.