awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara remaja dunia Jin Wei mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
07/09/2016
23:45 MYT
Juara remaja dunia Jin Wei mara ke pusingan kedua
Pemain berusia 16 tahun itu membuka langkah dalam acara perseorangan wanita dengan mengalahkan pemain tuan rumah, Gregoria Mariska, 25-23, 21-12 dalam masa 39 minit. - Gambar Bernama
Juara remaja wanita dunia, Goh Jin Wei mengetuai cabaran negara dalam melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Masters Indonesia di Arena Dome, Kalimantan Timur, hari ini.
Pemain berusia 16 tahun itu membuka langkah dalam acara perseorangan wanita dengan mengalahkan pemain tuan rumah, Gregoria Mariska, 25-23, 21-12 dalam masa 39 minit.
Jin Wei akan berdepan dengan pemenang pusingan kelayakan, Desandha Vegarani pada pusingan kedua esok selepas pemain Indonesia itu mengalahkan rakan senegara, Febby Angguni 21-16, 21-14, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.org.
Bagaimanapun, seorang lagi pemain wanita negara, Ho Yen Mei gagal melepasi pusingan petama selepas disekat oleh pemain pilihan utama, Busanan Ongbamrungphan dari Thailand dengan 21-12, 22-20.
Sementara itu, dalam acara perseorangan lelaki, empat daripada lima wakil negara -- Chong Wei Feng, Soong Joo Ven, Goh Soon Huat dan Liew Daren mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan lawan masing-masing pada pusingan pertama.
Topic Berkaitan
#Arena Dome
#goh jin wei
#Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Masters Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan