KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara dan bekas juara dunia Cheong Jun Hoong akhirnya mengumumkan persaraannya secara rasmi hari ini, setelah lebih dua dekad penglibatannya dalam sukan itu sejak 1999.
Jun Hoong yang akan mencecah usia 32 tahun pada April berkata walaupun berdepan kecederaan dan persembahan tidak konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun beliau tetap komited untuk mewakili negara.
Bagaimanapun, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa kontraknya tidak diperbaharui oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Renang Malaysia (MS) baru-baru ini, sekali gus memutuskan untuk bersara.
Melalui pengumuman persaraan dilakukan menerusi akaun Instagram miliknya, atlet kelahiran Ipoh itu merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya sukannya.
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada MSN, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) atas sokongan yang diberikan oleh mereka selama ini, tanpa mereka saya tidak akan berada seperti sekarang ini.
"Saya juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat Institut Sukan Negara (ISN) atas sokongan mereka dalam pelbagai cara termasuk dari segi perubatan oleh doktor, rehabilitasi, fisioterapi, kaunselor psikologi dan semua kakitangan terlibat," katanya.
Sementara itu, ketika dihubungi Bernama hari ini, Jun Hoong berkata beliau masih belum memutuskan rancangan seterusnya buat masa ini, walaupun telah menerima tawaran kejurulatihan di Perak daripada MSN.
"Pihak MSN ada bertanyakan apa yang saya mahu lakukan dan ijazah yang saya miliki. Mereka juga menawarkan bantuan jika saya memerlukannya. Lepas itu, ada juga bertanya jika saya mahu balik ke Perak, menjadi jurulatih, tapi buat masa ini saya cakap tidak mahu dulu.
"Saya masih belum ada rancangan lagi kerana keputusan ini agak mengejut dan saya juga sedang menumpukan kepada pemulihan dan rawatan," tambahnya.
Jun Hoong mencipta sejarah apabila muncul atlet terjun pertama negara memenangi gelaran juara dunia dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Dunia 2017 di Budapest, Hungary.
Sebelum itu, Jun Hoong bergandingan dengan Datuk Pandelela Rinong menyumbang perak acara 10m platform seirama di Sukan Olimpik Rio 2016.
Bagaimanapun, pembedahan kedua di bahagian lututnya pada Sept 2018 berserta kecederaan berulang, memberikan cabaran besar buat Jun Hoong untuk mengekalkan prestasinya.
"Sebenarnya, untuk menjadi juara dunia, saya tidak pernah impikan, tidak pernah terfikir boleh menang mengalahkan pasukan China, segala usaha saya berbaloi. Saya harus akui bahawa saya amat kesal kerana tidak dapat beraksi secara ideal dalam pertandingan walaupun telah berusaha sedaya upaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Jun Hoong berkata beliau masih belum memutuskan rancangan seterusnya buat masa ini. - Gambar/ Instagram @cheongjunhoong

Kebajikan | Teratak baharu, sinar buat keluarga Ku Hamzah
Tular di media sosial kisah adik Ku Arman Taqif Ku Hamzah, pelajar darjah empat Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Bahar yang mendiami sebuah rumah usang hampir menyembah bumi. Ku Arman tinggal di Kampung Sering, Kota Bharu bersama ibu bapanya dan tiga beradik lain dengan salah seorang daripadanya orang kelainan upaya (OKU). Rumah pusaka didiami enam beranak ini ibarat bangsal tidak lagi sesuai didiami bahkan dinding dan zinknya berlubang dimamah usia.

Antipersaingan | Siasatan MyCC industri ayam dijangka selesai akhir Jun
Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir jun ini. MyCC juga telah memulakan siasatan terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh Malaysia dari peringkat huluan hingga hiliran.

Haji | Penerbangan pertama jemaah tahun ini dijangka 4 Jun
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia tahun ini dijangka pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei. Ia berikutan pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan rukan islam kelima itu berbanding kebiasaannya.

Isu Kadar Tambang | Grab Malaysia beri penjelasan, akui tidak cukup pemandu
Grab Malaysia berkata, pada pertengahan Mei lepas, jumlah pemandu di platform mereka masih dalam keadaan kurang 70 peratus daripada keadaan sebelum pandemik.

10 Berita Pilihan - (24 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mangsa Hilang | Mayat lelaki OKU hilang ditemui reput
Kehilangan seorang lelaki yang juga orang kelainan upaya (OKU) sejak 12 hari lalu terungkai selepas ditemui meninggal dunia di kawasan belukar berhampiran Kampung Tanjung Aur, Telemong. Mayat mangsa Abdul Hadi Ismail, 37 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira jam 9.30 pagi pada Selasa.

Jual Tiket ke Korea | Polis tahan dua individu terlibat sindiket
Polis Johor mengesahkan telah menahan dua individu yang terlibat dalam sindiket penjualan tiket ke Korea sejak awal tahun ini. Ia selepas lima laporan polis dibuat lima individu warganegara Korea. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kerugian dianggarkan mencecah hampir RM60,000.

Amang Seksual | Pegawai penjara dipenjara 20 tahun dan enam sebatan
Seorang pegawai penjara dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan enam sebatan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak rakannya Januari tahun lalu. Hukuman dijatuhkan hakim Awang Krisnada Awang Mahmud ke atas tertuduh, Marino Majabin, 46 tahun di Mahkamah Sesyen Tawau pada Selasa.

Pendatang Asing | 38 PATI ditahan ketika berjalan di ladang getah
Seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan ketika masuk ke negara ini melalui laluan tikus di sempadan Malaysia/Thailand pada Selasa. Menurut kenyataan Markas Divisyen Kedua (2 Divisyen) Infantri Malaysia, kesemua PATI terbabit ditahan pada jam 5.45 petang ketika menggunakan kawasan ladang getah.

Cacar Monyet | KKM belum terima notifikasi kes kanak-kanak tular
Kementerian Kesihatan tidak menerima sebarang notifikasi berhubung kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus cacar monyet seperti yang tular di media sosial. Bagaimanapun, KKM menasihatkan waris kanak-kanak berkenaan membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan dengan segera jika gambar yang ditularkan adalah benar.

Jun Hoong umum persaraan hari ini
Atlet terjun negara dan bekas juara dunia Cheong Jun Hoong akhirnya mengumumkan persaraannya secara rasmi hari ini, setelah lebih dua dekad penglibatannya dalam sukan itu sejak 1999.

'Dia tetap kebanggaan kami dan negara' - Bapa Pandelela
Walaupun terlepas peluang untuk membawa pulang pingat di temasya Olimpik Tokyo sebentar tadi, Pamg Joheng tetap berbangga dengan pencapaian anaknya, Pandelela Rinong.

Tokyo 2020: Pandelela layak ke final acara 10m platform individu wanita
Pandelela yang berjaya mengutip 315.75 mata berada di kedudukan ke-7 pada pusingan separuh akhir pertandingan sebentar tadi.

Tokyo 2020: Pandelela beraksi pada separuh akhir 10m platform individu wanita
Padelela berdepan detik cemas apabila menjadi penerjun terakhir layak ke separuh akhir manakala seorang lagi penerjun negara Cheong Jun Hoong, terlepas peluang ke peringat seterusnya.

Tokyo 2020: Pandelela akui perlu perkemas lompatan
Pandelela bermula konsisten sehinggalah terjunan keempatnya yang hanya mendapat 28.80 mata.

Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo
Kontinjen Malaysia berdepan detik mendebarkan pada hari ke-13 temasya Sukan Olimpik Tokyo berlangsung hari ini, sebelum tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada Khamis.

Tokyo 2020: Pandelela mara ke separuh akhir
Taruhan negara ini melangkah dengan mata 284.90 dalam misi memburu kilauan pingat seterusnya.

Tokyo 2020: Empat atlet sambung misi raih emas sulung negara
Harapan dan tumpuan kini terarah kepada empat atlet bagi melaksanakan misi meraih pingat emas Olimpik pertama negara.

Tokyo 2020: Hari ke 12 'sepi' buat kontinjen Malaysia
Seperti dijangka, tiada pungutan pingat buat kontinjen Malaysia pada hari ke-12 temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung hari ini.

Tokyo 2020: Takut dengan keupayaan penerjun China pun tiada gunanya, kata jurulatih
Yang Zhuliang menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan wakil negara merintis kemungkinan pingat dalam acara 10m individu platform wanita.