NILAI: Skuad berbasikal para kebangsaan meluahkan rasa kebimbangan terhadap kelayakan ke temasya Sukan Paralimpik Paris 2024, kerana kekurangan penyertaan di kejohanan kelayakan.
Jurulatih kebangsaan Sallehuddin Mohd Noh berkata setakat ini, dua slot telah diperolehi berdasarkan ranking Asia pada tahun lepas, masing-masing satu tempat bagi lelaki dan wanita.
Dengan pasukan itu berharap memburu tiga lagi slot, masing-masing dua bagi kategori lelaki dan satu wanita, Sallehuddin berkata pihaknya masih kurang penyertaan di kejohanan kelayakan kerana hanya menyertai satu daripada tiga Piala Dunia pada tahun ini.
Skuad berbasikal negara telah menyertai Piala Dunia Ostend, Belgium bermula 4-7 Mei lepas, namun terlepas saingan di Maniago, Itali (20-24 April) dan Alabama, Amerika Syarikat (26-29 Mei) kerana tidak mendapat kelulusan.
"Tahun ini penting untuk mendapatkan kelayakan ke Paralimpik, ia ditentukan menerusi ranking di Asia, iaitu tujuh teratas bagi lelaki dan empat teratas bagi wanita. Slot ke Paralimpik diberikan mengikut negara, bukannya ke atas individu.
"Jadi, kita boleh pilih mana-mana atlet yang terbaik untuk mewakili negara. Agak merugikan apabila kita tidak menyertai Piala Dunia hari itu," katanya ketika ditemui pemberita semasa saingan Kejohanan Trek Para Asia di Velodrome Nasional di sini, semalam.
Beliau berkata, anak-anak buahnya selepas ini akan beraksi di Kejohanan C1 dan C2 pada hujung bulan depan di Melaka, diikuti Kejohanan Dunia di Glasgow, bermula 3-13 Ogos.
Pada temasya Paralimpik Tokyo 2020, Malaysia yang diwakili Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Muhammad Hafiz Jamali, Zuhairie Ahmad Tarmizi dan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais tidak berjaya membawa pulang pingat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Skuad berbasikal trek negara menjalani latihan di Velodrom Nasional baru-baru ini sebagai persiapan akhir menjelang Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia 2023. - Gambar hiasan/BERNAMA
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Jurulatih berbasikal para bimbang jumlah kejohanan kelayakan kurang
Sallehuddin berkata, setakat ini, dua slot telah diperolehi berdasarkan ranking Asia pada tahun lepas.