SHAH ALAM: Jurulatih yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara bagi acara berbasikal bukit (MTB) telah meletak jawatan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata bagaimanapun siasatan terhadap insiden gangguan seksual itu akan terus dilaksanakan memandangkan insiden itu sudah menjadi kes di bawah Kanun Keseksaan.
"Gangguan seksual ini wujud dalam Penal Code (Kanun Keseksaan) dan laporan polis telah dilakukan, namun kita kena pastikan setiap aduan disiasat dengan adil. Kalau ada tuduhan yang tidak benar, perlu pastikan ada keadilan kepada orang yang dituduh.
"Oleh itu biar siasatan berlaku dahulu, lepas polis dan pegawai pelindung daripada Majlis Sukan Negara (MSN) habiskan siasatan, baru kita akan komen lebih lanjut... untuk keadilan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen pengumpulan dana bagi menghantar pasukan footgolf kebangsaan ke Piala Dunia Footgolf di Orlando, Florida, Amerika Syarikat hari ini.
Semalam, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab dilaporkan mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara bagi acara MTB.
Atlet wanita berusia 20-an itu yang membuat laporan polis dua hari lepas, mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri, semasa menjalani latihan bersama pasukan.
Yeoh berkata susulan itu, kementeriannya juga telah mengaktifkan pegawai pelindung dalam MSN selaras dengan Kod Sukan Selamat dan akan memantau siasatan kes itu terutama di peringkat MSN bagi memastikan tindakan dilakukan dengan cepat.
Menurut Yeoh beliau mahu kes berkenaan dijadikan contoh bagaimana ia dikendalikan menurut prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan Kod Sukan Selamat yang baru sahaja dilancarkan.
Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kementeriannya akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat sekiranya ada lagi aduan berhubung gangguan seksual.
"Saya tidak kira kalau pesalah itu adalah atlet nombor satu negara. Kalau ada kes seperti ini dan anda telah mewujudkan satu persekitaran yang tidak selamat, tindakan tegas akan diambil oleh KBS (Kementerian Belia dan Sukan)," katanya.
Mengulas mengenai persiapan atlet lain susulan kejadian itu, beliau berkata MSN akan memastikan seorang pegawai wanita dilantik bagi memastikan persiapan dan latihan pasukan berbasikal tidak terganggu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Hannah Yeoh (kiri) bersama pemain pasukan wanita Footgolf Malaysia di Kelab Golf Bukit Jelutong (BJGC) pada majlis pelancaran kempen pengumpulan dana pasukan Kebangsaan Footgolf Malaysia ke Piala Dunia Footgolf di Orlando, Amerika Syarikat. -Bernama
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
KBS komited pembinaan fasiliti Sukma 2028 di Kelantan siap ikut jadual
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk memastikan pembinaan fasiliti sukan sempena penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028 di Kelantan siap mengikut jadual.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah
Hannah berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.