awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih dari Jepun, Katsuhito Kinoshi dilantik kemudi Selangor FC

Bernama
Bernama
24/11/2024
03:30 MYT
Jurulatih dari Jepun, Katsuhito Kinoshi dilantik kemudi Selangor FC
Katsuhito Kinoshi dari Jepun, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC yang baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Nidzam Jamil, yang meletak jawatan secara mengejut bulan lepas.
KUALA LUMPUR: Jurulatih Jepun, Katsuhito Kinoshi, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC yang baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Nidzam Jamil, yang meletak jawatan secara mengejut bulan lepas.
Selangor yang mengumumkan perkara ini dalam kenyataaan tengah malam tadi menyifatkan, Kinoshi seorang jurulatih berpengalaman luas serta akan membawa pengetahuan mendalam tentang permainan dan ciri-ciri kepimpinan yang kukuh.
Pelantikan Kinoshi juga menjadi tanda skuad Gergasi Merah sedang memasuki satu fasa baharu yang penuh potensi.
"Kepakaran beliau dalam membangunkan pasukan, strategi, serta pembangunan pemain muda pasti akan menjadi aset besar kepada pasukan kami dalam usaha mencapai kejayaan.
"Kepakaran beliau (Kinoshi) dalam kejurulatihan, bersama dengan pengalaman yang beliau peroleh daripada bekerja dengan beberapa jurulatih terkemuka, akan memberikan pasukan hala tuju dan identiti yang diperlukan untuk berjaya," menurut kenyataan itu.
Berkongsi keterujaannya, Kinoshi berkata, menyertai Selangor adalah satu penghormatan buat dirinya dan beliau teruja untuk bekerja dengan pemain-pemain berbakat pasukan itu.
"Bersama-sama, kami akan berusaha untuk membina sebuah pasukan yang bukan sahaja kukuh dari segi taktikal, tetapi juga penuh dengan semangat dan tekad untuk berjaya," kata jurulatih kelahiran Tokyo berusia 60 tahun itu.
Antara detik penting dalam perjalanan kejurulatihan Kinoshi adalah apabila beliau berpeluang untuk bekerjasama dengan dua figura terkenal dalam dunia kejurulatihan bola sepak iaitu Dragan Stojkovic dan Giovanni van Bronckhorst, selain Akira Nishino.
Kerjasama Kinoshi dan Stojkovic yang merupakan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Serbia, berjaya melayakkan pasukan itu ke Piala Dunia 2022 di Qatar.
Selangor kini di kedudukan kedua Liga Super 2024/2025, ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mengumpul 40 mata selain masih bersaing dalam kempen Piala Malaysia.
Dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2 (ACL2) 2024/25, Selangor berada di landasan tepat untuk layak ke pusingan kalah mati apabila ketika ini berada di tempat kedua Kumpulan H, dua mata di belakang pendahulu Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#jurulatih Jepun
#Katsuhito Kinoshi
#Nidzam Jamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan