awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kad merah cemari perjalanan perlawanan - Tuchel

Astro Arena
Astro Arena
29/08/2021
00:50 MYT
Kad merah cemari perjalanan perlawanan - Tuchel
Reece James diberikan kad merah oleh pengadil Anthony Taylor ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Chelsea di Anfield, Liverpool, England, 28 Ogos, 2021. (Foto AP)
THOMAS Tuchel menerima keputusan pengadil, Anthony Taylor, untuk mengarah Reece James keluar padang ketika seri 1-1 Chelsea dengan Liverpool, tetapi mengatakan ia merosakkan kerancakan baki perlawanan di Anfield.
Chelsea mendahului Liverpool dalam perlawanan awal pagi tadi menerusi tandukan Kai Havertz ketika ia telah diganggu dengan kontroversi.
Taylor melihat semula insiden yang berlaku menerusi VAR selepas rembatan Sadio Mane dihalang James menggunakan tangan.
Penalti diberikan dan ia disempurnakan Mohamed Salah dalam masa kecederaan separuh masa pertama, namun pemain Chelsea berang di sebalik kad merah yang dilayangkan kepada James.
Skuad kendalian Tuchel berjaya bertahan dengan 10 pemain, namun jurulatih Jerman itu berasakan perlawanan itu dicemari dengan insiden kad merah itu. "Kad merah -- saya sendiri sudah tidak tahu jika ia adalah peraturan atau sebaliknya," katanya. "Anda harus menerima keputusan ini, tetapi pengadil itu mungkin boleh mengubah pandangannya selepas melihat ulang tayang. "Saya tidak suka dengan kad merah yang awal diberikan kerana ia merosakkan perlawanan. Pada akhirnya, ia adalah perlawanan yang sukar dan sengit. Kami menunjukkan kemampuan untuk bertahan dan berhak meraih satu mata."
Topic Berkaitan
#Thomas Tuchel
#Liverpool
#Chelsea
#Reece James diarah keluar padang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan