awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sarawak perkukuh peranan sebagai hab tenaga hijau melalui Projek Penyambungan Grid Kuasa
Perak rancang pertingkat sumber makanan semula jadi harimau belang untuk elak ancaman
Kajian insentif, ganjaran untuk Angkatan Sukarela ATM bakal dilaksana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak ganti gadis litar di F1

Agensi
Agensi
06/02/2018
11:30 MYT
Kanak-kanak ganti gadis litar di F1
Jean Todt berucap dalam sidang media mengenai pembaharuan berkenaan penggantian gadis litar kepada kanak-kanak. - Foto AP
JIKA sebelum ini wanita secara tradisinya menjadi 'penyeri' dalam litar sukan permotoran terunggul Formula 1, tetapi kini kanak-kanak dilihat mengambil peranan mereka sebagai 'pencetus inspirasi' untuk menghiasi acara F1.
Pembaharuan yang dilihat itu menyaksikan kanak-kanak litar akan mengambil alih peranan gadis litar dalam F1 mulai musim baharu akan datang.
Malah pemilihan kanak-kanak ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman bertanding dalam perlumbaan go-kart untuk berdiri bersama-sama dengan pemandu sebelum acara bermula.
“Kanak-kanak litar berpeluang untuk berdiri bersama-sama dengan wira F1 dan bakal mengikut jejak langkah idola mereka dalam sukan permotoran akan datang," ujar Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Jean Todt.
Pengumuman yang diadakan pada Isnin lepas secara langsung menghentikan amalan penggunaan wanita dalam grid sebelum perlumbaan dan di podium yang sekian lama diamalkan.
Penghentian amalan penggunaan wanita tidak lagi bersesuaian dengan nilai-nilai F1 serta norma masyarakat pada masa kini.
Inisiatif terbaru itu dilaksanakan atas usaha bersama oleh badan pentadbiran FIA dan Liberty Media, penganjur sukan F1.
Musim baru F1 akan bermula pada 25 Mac di Grand Prix Australia bertempat di Melbourne.
Topic Berkaitan
#Australian Grand Prix
#F1
#FIA
#Formula 1
#Gadis Litar
#Jean Todt
#Kanak-Kanak Litar
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan