awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 10 tahun pecah rekod 23 tahun Michael Phelps

Agensi
Agensi
02/08/2018
01:33 MYT
Kanak-kanak 10 tahun pecah rekod 23 tahun Michael Phelps
Clark Kent Apuanda, rakyat Amerika berketurunan Filipina, disifatkan oleh jurulatihnya sebagai seorang yang luar biasa. Astro AWANI
Seorang perenang muda berusia 10 tahun dari California telah berjaya memecah rekod paling lama dipegang jaguh renang dunia, Michael Phelps, dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu.
Clark Kent Apuanda berjaya memecahkan rekod berkenaan dalam kejohanan antarabangsa Far Western Long Course di California pada Ahad lalu.
Dia yang juga dikenali sebagai 'Superman' mula belajar berenang pada usia tiga tahun dan telah memasuki pertandingan selama empat tahun.
"Ia adalah acara 100 meter kuak kupu-kupu di mana Michael Phelps mencatatkan 1:10:48 dan saya memenangi acara berkenaan dengan masa 1:09:38," katanya ketika ditemui Reuters.
Menurut jurulatihnya, Travis Rianda, Kent, rakyat Amerika berketurunan Filipina, merupakan seorang yang luar biasa.
"Dia seorang pemuzik, saintis dan sentiasa tidak berputus asa untuk mencapai impiannya mengalahkan rekod Phelps sejak usia tujuh tahun," katanya.
Kent mengimpikan untuk mewakili negaranya dalam kejohanan Olimpik suatu hari nanti.
Topic Berkaitan
#California
#Clark Kent Apuanda
#Kanak-kanak
#Kejohanan Antarabangsa Far West
#Michael Phelps
#Olimpik
#pemuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan