SEPANG: Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor bakal memulakan kayuhan pertamanya dalam satu perlumbaan di bumi Sepanyol Mac ini.
Siti Nur Alia, yang melakar sejarah tersendiri menjadi pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara terpilih menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team di Sepanyol itu memaklumkan beliau akan diperkenalkan sebagai pelumba baharu pada Sabtu ini.
"Alia dengar ada perlumbaan pertama bulan Mac ini... Pasukan akan nilai prestasi saya selama tujuh bulan bersama tujuh peserta lain.
"Seorang pelumba sahaja yang akan diserapkan ke skuad elit mereka sekiranya mencapai prestasi mengagumkan selama tujuh bulan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian sebelum berlepas ke Sepanyol di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang, malam tadi.
Pelumba berusia 21 tahun itu mengakui tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu merupakan peluang besar baginya untuk meningkatkan prestasi seterusnya menyalakan impian layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Walaupun lebih sinonim berlumba dalam kategori trek sebelum ini, beliau yang pernah menjalani latihan bersama jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang di Melbourne pada 2017 berkata beliau tetap akan menjalani latihan dalam kategori itu pada setiap hujung minggu di Sepanyol nanti.
Sementara itu, Siti Nur Alia berkata beliau akan pulang ke Malaysia pada April atau Mei ini bagi menyertai Sukan Malaysia (Sukma) di Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada Jun.
Justeru, beliau mengimpikan untuk cuba meraih kejayaan membanggakan pada Sukma kali ini selepas meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada edisi 2018 di Perak.
Pengembaraan Siti Nur Alia bermula selepas menerima panggilan daripada bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG) Adam Szabo yang kini sedang melatih pasukan di Sepanyol pada Jun lepas, yang berminat untuk mengetengahkan bakat pelumba berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
Pelumba berusia 21 tahun itu mengakui tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu merupakan peluang besar baginya. - Gambar/ Instagram aliaa.mansorr
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Kayuhan pertama Siti Nur Alia di Sepanyol Mac ini
Siti Nur Alia memaklumkan beliau akan diperkenalkan sebagai pelumba baharu pada Sabtu ini.
Siti Nur Alia pelumba wanita negara pertama sertai pasukan berbasikal bertaraf dunia
Siti Nur Alia, 21, berkata tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu bagaikan mimpi jadi nyata dan telah lama diidamkannya.