awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU

Bernama
Bernama
26/02/2025
22:00 MYT
KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Hannah beramah mesra bersama pelajar pada Lawatan Rasmi Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, 26 Feb 2025. --fotoBERNAMA
SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan program rakan muda khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dalam masa terdekat.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sebagai permulaan program rakan muda OKU itu akan dilaksanakan bersama-sama program latihan kemahiran inklusif belia autisme dan berkeperluan khas di 13 Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
Beliau berkata pelaksanaan program itu bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.
"Macam di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang ini, kita bukan sahaja ada fasiliti untuk mereka belajar tetapi juga ada fasiliti sukan seperti padang bola. Jadi kalau pagi mereka belajar, petang sepatutnya mereka boleh diajar skil untuk bersukan.
"Menerusi cara ini mungkin kita dapat mencari bakat baharu untuk sukan ... atlet paralimpik boleh wujud di sini," katanya selepas mengadakan lawatan rasmi ke IKTBN Sepang semalam bagi meninjau pelaksanaan program latihan kemahiran inklusif belia autisme dan berkeperluan khas..
Sementara itu, KBS dalam kenyataan berharap program itu dapat terus berkembang dan menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa untuk yakin serta memberikan sokongan kepada belia istimewa dalam mencapai potensi sebenar.
Menurut kenyataan itu, pendidikan kemahiran yang inklusif bukan sahaja melahirkan individu lebih berdikari, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara mampan.
Sejak diperkenalkan pada 2018, seramai 287 belia autisme dan berkeperluan khas telah menerima manfaat daripada program berkenaan yang dilaksanakan di 13 ILKBS seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKU
#Rakan Muda
#Hannah Yeoh
#atlet paralimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan