awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS bangunkan Akaun Satelit Sukan - Faizal Azumu

Eton Khir
Eton Khir
27/01/2022
09:52 MYT
KBS bangunkan Akaun Satelit Sukan - Faizal Azumu
Ahmad Faizal memaklumkan, Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) yang mempunyai enam teras utama kini dalam fasa semakan akhir untuk dilancarkan pada suku tahun pertama tahun ini. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang membangunkan Akaun Satelit Sukan bagi menjadi pengukur sumbangan sebenar industri sukan kepada ekonomi negara.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata usaha itu dapat membekalkan data sekali gus memudahkan KBS membuat perancangan mengenai fokus pembangunan sukan dan konteks ekonomi.
"Dengan adanya Akaun Satelit Sukan, kita dapat buktikan kepada Kementerian Kewangan dan EPU (Unit Perancang Ekonomi) bahawa peruntukan yang disalurkan kepada kementerian bukan bersifat perbelanjaan satu hala sahaja.
"Namun begitu, ianya juga merupakan pelaburan dan memberi pulangan langsung kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan pembangunan ekonomi negara. Selain itu, Akaun Setelit Sukan dapat membekalkan data yang memudahkan KBS membuat perancangan mengenai fokus pembangunan sukan dalam konteks ekonomi," katanya selepas merasmikan Amanat Tahun 2022 kepada warga Kementerian Belia Sukan (KBS) di Dewan Podium, Putrajaya, pada Khamis.
Ahmad Faizal turut memaklumkan, Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) yang mempunyai enam teras utama iaitu pembudayaan sukan, kegemilangan sukan, pembangunan bakat, hab sukan, industri sukan dan profesionalisme sukan kini dalam fasa semakan akhir untuk dilancarkan pada suku tahun pertama tahun ini.
Tambahnya, visi itu memetakan perancangan 10 tahun Malaysia dalam memperkasakan lagi polisi demi pembangunan industri sukan yang lebih komprehensif, bersepadu dan kolektif.
Sementara itu, beliau turut menekankan soal usaha pemerkasaan belia yang dilaksanakan bagi membangunkan Model Baharu Pembangunan Belia 2030 (MBM 2030) dengan hasil kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM).
Jelasnya, mengenai literasi politik dalam kalangan belia, pihaknya akan melaksanakan program berbentuk advokasi dengan harapan dapat mengubah persepsi belia terhadap politik sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai peranan mereka dalam pembentukan negara.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Kementerian Belia dan Sukan
#KBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan