SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) optimis prestasi kurang memuaskan kontinjen negara di Sukan SEA Kemboja, masih dapat diperbaiki dan ditambah baik menerusi pencapaian atlet pada temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China September ini.
Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), yang sentiasa membantu persiapan atlet untuk ke temasya sukan itu.
"Semua penambahbaikan sedang berjalan, lepas Sukan SEA itu kita telah buat post mortem dan turut kerjasama dengan Nippon Sports Science University (NSSU).
"MSN dan MOM sentiasa bekerjasama, untuk pastikan kita tutup apa-apa jurang yang ada sekarang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perlawanan akhir Trofi Tuanku Muhriz 2023, di sini hari ini.
Majlis penyampaian pingat perlawanan akhir itu disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selaku Penaung Persatuan Squasy Negeri Sembilan.
Mengenai sasaran pingat di Sukan Asia, Hannah berkata pihaknya masih menunggu keputusan beberapa kejohanan lagi, sebelum ia diumumkan oleh Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) tidak lama lagi.
Beliau berkata tiada ramalan boleh dibuat setakat ini kerana ia bergantung kepada keupayaan atlet, selain berharap kesemua mereka akan dapat melakukan yang terbaik, pada temasya sukan berkenaan.
"Ini ialah sukan, bergantung kepada atlet, harap mereka dapat sokongan terbaik, tugas kerajaan bantu mereka sebaik mungkin, bila mereka masuk gelanggang ia terpulang pada mereka," katanya.
Sukan Asia 2022 dijadual berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan MSN dan MOM, yang sentiasa membantu persiapan atlet untuk ke temasya sukan itu. - Gambar fail/BERNAMA
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Hari Belia Negara di Melaka bakal tampil 10 segmen gaya hidup rakan muda
Bertempat di Dataran Pahlawan, acara itu meliputi segmen litar, aktif, bumi, demokrasi, digital, ekspresi, muzik, mahir, niaga dan prihatin.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
Akademi Kenegaraan koordinasi, tumpu bina negara bangsa
Akademi Kenegaraan yang dahulunya dikenali sebagai i-LEAD dipindahkan di bawah JPM sejak 1 Jan lepas bertujuan memusatkan modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
Sukan Komanwel: KBS jamin semua aspek dibincang terperinci dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini
"Kita memang mengambil perspektif daripada semua pihak yang telah menghubungi, yang telah menulis dalam media sosial, dan telah baca semuanya."