awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS tak akan anak tiri sukan ekstrem - Hannah

Bernama
Bernama
25/02/2023
06:44 MYT
KBS tak akan anak tiri sukan ekstrem - Hannah
Hannah Yeoh berkata beliau akan memastikan pentadbirannya memberi layanan sama rata terhadap semua jenis sukan di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan tidak akan menganaktirikan mana-mana sukan termasuk sukan ekstrem.
Menterinya Hannah Yeoh berkata beliau akan memastikan pentadbirannya memberi layanan sama rata terhadap semua jenis sukan di negara ini.
"Walaupun anda lihat pada Disember lepas tumpuan lebih diberikan kepada Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), namun pada hari ini kami beri jaminan tiada sukan yang menjadi kegemaran (lebih tumpuan) kami.
"Kami akan beri peluang sama rata kepada semua atlet, jika kita lihat sukan ekstrem atau sukan ragbi berjaya dan perlukan sokongan, kami akan sokong dan tidak akan anak tirikan sebarang jenis sukan," katanya kepada pemberita pada Karnival Sukan Ekstrem di sini, hari ini.
Beliau berkata sukan ekstrem mempunyai potensi untuk dibangunkan, namun penting bagi KBS, Jabatan Belia dan Sukan, pihak berkuasa tempatan serta persatuan sukan terlibat untuk duduk bersama dan mencari jalan bagaimana menyediakan kemudahan mencukupi.
"Kita kena pastikan terdapat pusat latihan tetap untuk mereka (penggemar sukan ekstrem). Jika tiada tempat latihan, atlet juga tidak tahu di mana mahu berlatih dan secara tidak langsung, sukan itu tidak boleh dibangunkan," katanya.
Beliau juga menyarankan kepada PBT yang berminat membangunkan infrastruktur sukan ekstrem supaya berjumpa pihaknya dan persatuan sukan terlibat terlebih dahulu, bagi memastikan pembinaan mengikut spesifikasi ditetapkan.
Sementara itu, karnival yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara di sini, dianjurkan bagi mencari bakat baharu sukan ekstrem, memberi pendedahan kepada peserta dan pengunjung tentang aspek keselamatan selain menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat.
Sebanyak empat acara dipertandingkan iaitu 'inline skating', 'skateboarding', basikal BMX dan larian berhalangan, manakala pengunjung turut diberi peluang mencuba beberapa aktiviti sukan ekstrem seperti 'push bike', 'roller skating', perlumbaan kereta kawalan jauh serta dron.
Karnival Sukan Ekstrem yang bermula hari ini, berakhir esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan ekstrem
#KBS
#Hannah Yeoh
#layanan sama rata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan