awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga rugi lebih RM277,000 akibat pelaburan tidak wujud
Eksesais Perisai Bandar 2026 perkukuh keselamatan, ketenteraman awam - Aminuddin
Threads uji ciri pelekat beranimasi dalam siaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS tunggu laporan terperinci sebelum keluar kenyataan berkaitan isu FAM

Bernama
Bernama
24/01/2026
11:00 MYT
KBS tunggu laporan terperinci sebelum keluar kenyataan berkaitan isu FAM
Dr Mohammed Taufiq, memberi penerangan pada sidang media selepas menyerahkan BWI kepada mangsa banjir di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, hari ini. - Gambar Bernama
ALOR SETAR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mendapatkan laporan terperinci sebelum mengeluarkan kenyataan dan pendirian berhubung isu yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ringkasan AI
  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menunggu laporan terperinci sebelum membuat kenyataan berhubung isu yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
  • Menteri KBS, Dr Mohammed Taufiq Johari menegaskan kementeriannya tidak akan campuri proses yang bukan bidang kuasanya dalam isu FAM.
  • KBS akan terus memantau isu dalam persatuan sukan termasuk FAM serta memastikan pembangunan bola sepak terus dilakukan tanpa gangguan.

Menteri berkenaan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pihaknya juga tidak akan mencampuri apa-apa proses yang bukan di bawah bidang kuasa kementerian itu dalam isu tersebut.
"Kita perlu tahu pemisahan kuasa itu amat penting, sebab itu saya perlu melihat, menunggu laporan, keputusan dan sebagainya sebelum kita mengeluarkan apa-apa kenyataan lanjut berkenaan perkara tersebut.
"KBS sentiasa memantau setiap isu berbangkit dalam persatuan-persatuan tidak hanya FAM tetapi semua persatuan sukan. Kita akan sentiasa memantau dan mengambil langkah sepatutnya di bawah KBS," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Jawatankuasa Eksekutif FAM akan meletak jawatan secara beramai-ramai seawal minggu depan.
Dr Mohammed Taufiq berkata KBS akan terus memastikan pembangunan bola sepak yang merupakan sukan paling diminati rakyat akan terus dilakukan dan menjadi wadah atau medium penyatuan rakyat negara ini.
"Kita akan memastikan bahawa pembangunan bola sepak ini tidak boleh terhenti, tidak boleh diganggu-gugat dan Insya-Allah Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa meneliti apa jua isu.
"Namun, kita tahu kita punya batas tertentu dan kita tidak akan melanggar garis batasan tersebut. Tapi apa pun saya berharap agar sukan khususnya bola sepak akan terus maju dan menjadi salah satu sukan digemari, diminati dan mendapat sokongan penuh rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata KBS juga sentiasa bersedia membantu mana-mana persatuan sukan dalam apa jua aspek selagi mana di bawah bidang kuasa kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#KBS
#mati lemas
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan